Salah ke pergi ke shopping mall?
Situasi :
Hujung minggu. Bertempat di kawasan bandar, ibu ayah mengambil kesempatan nak berehat setelah penat bekerja sepanjang hari. Tiba-tiba si anak masuk ke ruang tamu dan menegur ibu bapanya.
Hujung minggu. Bertempat di kawasan bandar, ibu ayah mengambil kesempatan nak berehat setelah penat bekerja sepanjang hari. Tiba-tiba si anak masuk ke ruang tamu dan menegur ibu bapanya.
Anak : Daddy, kita tak keluar ke hari ni?
Kan hari ni cuti?
Ayah : Tak payahlah keluar. Nak pergi
mana lagipun. Panas ni. Kamu
tengok sahajalah video
kegemaran di youtube tu. Takpun
main je game. Membazir je Daddy
bayar internet mahal-mahal
kalau tak guna.
Anak : Kita pergi ke Sunway Lagoon
jom, boleh mandi-mandi, kan best
di musim panas, daddy?
Ayah : Ish.. tak sesuai. Hari ni baru
14hb, tiket masuknya mahal.
Kalau 20hb tu oklah, jimat duit
daddy. Lagipun, monopod kita Pak
Cik Ali pinjamla.
Anak : PDlah daddy. Tak payah bayar nak
mandi kat sana. Abang dah lama
tak main pasir di pantai, best ni.
Ayah : Apa pulak tak bayar? Nak ke sana
pakai minyak dan tol pun kena
bayar tau. Nak main pasir pulak,
nanti baliknya kamu gatal-gatal
badan.
Anak : Kalau macam tu, kita ke zoo
sajalah daddy. Boleh adik kenal
binatang. Lagipun bosanlah kalau
lepak kat rumah saja.
Ayah : Ish.. adik kamu tu baru dua
tahun lebih, bukan dia faham pun
kalau tengok zirafah atau singa.
Tunggulah dia besar sikit. Lenguh
tangan Daddy dukung adik nanti,
dia tu mana nak duduk dalam
stroller.
Anak : Kalau macam tu, kita pergi ke CH
jelah Daddy. Boleh makan ais krim
strawberi dan tengok bunga
makan salad... syoknya.
Ayah : Eh kamu ni. Lagi jauh
cadangannya. Mummy kamu nanti
muntah-muntah pula dalam
perjalanan ke sana.
Anak : La.. ada sajalah alasan Daddy ni.
Malasla abang nak bagi cadangan
lagi.
Ayah : Ala, jangan merajuk lagi. Pergi
panggil Mummy kamu, bagitahu
Daddy suruh siap-siap. Kita ke
MidValley kejap lagi.
Anak : Asyik-asyik ke shopping mall je!
************************************
Biasa alami situasi di atas? Jangan anggap mudah. Membeli belah adalah satu kegembiraan bagi yang dewasa. Anak yang kecil pun sama. Mana tak seronok kalau dapat main dengan mainan kegemaran. Namun apa pengalaman lain yang anak akan dapat kalau asyik ke tempat membeli belah saja?
Kan hari ni cuti?
Ayah : Tak payahlah keluar. Nak pergi
mana lagipun. Panas ni. Kamu
tengok sahajalah video
kegemaran di youtube tu. Takpun
main je game. Membazir je Daddy
bayar internet mahal-mahal
kalau tak guna.
Anak : Kita pergi ke Sunway Lagoon
jom, boleh mandi-mandi, kan best
di musim panas, daddy?
Ayah : Ish.. tak sesuai. Hari ni baru
14hb, tiket masuknya mahal.
Kalau 20hb tu oklah, jimat duit
daddy. Lagipun, monopod kita Pak
Cik Ali pinjamla.
Anak : PDlah daddy. Tak payah bayar nak
mandi kat sana. Abang dah lama
tak main pasir di pantai, best ni.
Ayah : Apa pulak tak bayar? Nak ke sana
pakai minyak dan tol pun kena
bayar tau. Nak main pasir pulak,
nanti baliknya kamu gatal-gatal
badan.
Anak : Kalau macam tu, kita ke zoo
sajalah daddy. Boleh adik kenal
binatang. Lagipun bosanlah kalau
lepak kat rumah saja.
Ayah : Ish.. adik kamu tu baru dua
tahun lebih, bukan dia faham pun
kalau tengok zirafah atau singa.
Tunggulah dia besar sikit. Lenguh
tangan Daddy dukung adik nanti,
dia tu mana nak duduk dalam
stroller.
Anak : Kalau macam tu, kita pergi ke CH
jelah Daddy. Boleh makan ais krim
strawberi dan tengok bunga
makan salad... syoknya.
Ayah : Eh kamu ni. Lagi jauh
cadangannya. Mummy kamu nanti
muntah-muntah pula dalam
perjalanan ke sana.
Anak : La.. ada sajalah alasan Daddy ni.
Malasla abang nak bagi cadangan
lagi.
Ayah : Ala, jangan merajuk lagi. Pergi
panggil Mummy kamu, bagitahu
Daddy suruh siap-siap. Kita ke
MidValley kejap lagi.
Anak : Asyik-asyik ke shopping mall je!
************************************
Biasa alami situasi di atas? Jangan anggap mudah. Membeli belah adalah satu kegembiraan bagi yang dewasa. Anak yang kecil pun sama. Mana tak seronok kalau dapat main dengan mainan kegemaran. Namun apa pengalaman lain yang anak akan dapat kalau asyik ke tempat membeli belah saja?
Entry merepek hasil menanda kertas penulisan murid. Diminta ceritakan pengalaman pergi ke tempat menarik, tapi ada yang tulis pergi ke tempat membeli belah. Entah la...tapi yang pastinya sebagai ibu bapa di zaman sekarang ni, salah satu tanggungjawab ibu bapa ialah mendedahkan anak kepada pengalaman hidup. Fikir-fikirkan.
assalam AN..anak acik yang dah besar pun tak nak ke shopping mall..klau pergi pun..tengok wayang atau main bawlling..
ReplyDeleteAlahai... AN. Macam rasa jirus air sebaldi terus kena kat muka saya! Hahaha...
ReplyDeleteKalau saya yang kena buat karangan, memanglah shopping tu best, antara tempat menarik dalam dunia :) Tapi yalah budak-budak, sebenarnya bosan tapi terpaksa ikutkan kata makpak. Saya kalau boleh hujung minggu memang nak bawa anak jalan-jalan tapi kalau HD takda saya patah kaki sikitlah, dahlah asyik sesat jalan aje. Kalau tak cukup korum memang tak meriah rasanya. Itu yang anak-anak ikut aje mana Mommy pergi, yang penting Mommy umpan dengan tokens tempat permainan :) Kesian anak-anak saya, memang pandai Maths ajelah nampaknya sebab asyik tolong Mommy kira dah terlebih budget ke tidak :)
jeles kat dia ni tau....ada ada ada aje ide nak ngomen....
Deletebetul tu mmg tanggujwab kita didik ank sesuatu yg baru...
ReplyDeleteHeheh......ada betulnya jugak tu AN.... Manalah budak tu nak dapat pengalaman kalau asyik melepak ke mall ajekan....Tapi rasanya itu yg berlaku pada okje kot.... banyaknya ke mall le nak pergi tempat lain sure jauh....yg pasti tempat lain emaknya pulak kurang suka hehe....
ReplyDeleteSo mall adalah tempat yg sesuai bagi kita tidak bagi budak budak kan.....Patut pun si TLBD asyik nak makan luar memanjang hehe...
haah betul jugak kan
ReplyDeletekena bawa ke tempat yang ada ilmu
macam muzium ke..
pameran apa2 ke kan :)
yezza cikgu.. sian kan budak yg tulis pergi beli belah tu.. sama ada tak paham soalan atau memang pada dia itu sahaja tmpat yg paling menarik spjg hidup dia..
ReplyDeletetengok situasilah..kalau dah selalu ke shopping mall kopak juga jadinya..yg penting masa ngan anak2..serius saya pun tak suka terperap di rumah.tension..anak2 lagilah.
ReplyDeleteKalau anak-anak saya diberi pilihan, pergi park atau shopping, mereka akan pilih park… mmg jimat duit bila pergi park… kena sedia duit utk beli aiskrim aje la musim summer ni :)
ReplyDeletekesian gak kat ank2 kan AN tp dah tu jer yg termampu..nak wat camno lg?
ReplyDeleteSalam.. Ank2 ni biasanya akn bosan g mall. Bila besar siap xmo ikut lg.
ReplyDeletePada saya berehat dan berkumpul habiskan masa bersama tu wajib . Paling x sebulan atau dua bln sekalu sy nk bawa ank g mana2 bermalam. Mmg best habiskan masa bersama. Xde cuti sek g dekat2 pun jd lah genting ke , bkt tinggi ke..
Jawap psl loaf bread tu sbnrnya saya geram tak cantik buat sblmnya tu. hehe
Bkn istimewa sgt pun cuma mcm roti sandwich gardenia tu je tp sy buat warna warni je.
anak sy sbb jarang pegi mall kot tu yg teruja juga klu dpt pegi.haha..bab pendedahan pengalaman hidup tu mmg tak mudah nak fikir..dekat mana2 pun takpe asal anak happy,ibu bapa gembira..lgpun dekat shopping mall pun boleh dedahkan tentang hidup asalkan kita pandai guna setiap keadaan dan situasi yg ada..:)
ReplyDelete