Petua kempis perut

Pagi Khamis yang cerah.
Pagi-pagi dah mula operasi kemas bilik bawah. Opah dan Atuk Naim nak singgah sini, esok nak ke KK. Dah tahu ni, saya kenalah kemas. Dua minggu lepas, MIL singgah juga, tapi tak bagitahu. 3 hari lepas tu pun, masih saya rasa malu sebab mengenangkan keadaan rumah yang ditonton oleh MIL. Kebetulan sampai hari tu masa dilanda kesibukan, kalau anak tak buat selerak pun maknya memang tak ada masa nak kemas. Hari ni oklah, sebab keadaan rumah biasa-biasa saja, jadi tak ambil masa lama nak mengemas. Lagipun sebahagiannya suami dah tolong kemas semalam. Lega bab tu.

Ok, berbalik kepada tajuk. Seseorang kenalan saya berkongsi petua perut kempis walaupun bersalin secara pembedahan. Katanya, amalkan berbengkung semasa haid. Orang ni dah 40an dan memang nampak ramping. Jadi, jom amalkan petua ni, ada rezki nak kempiskan perut... barulah kurus dan tak buncit di perut....insya Allah.

Comments

  1. mcm akak masa dlm pantang tu,pantang betul2..bengkung memang tak tinggal, yg bersalin cara pembedahan pun boleh juga berbengkung tp jgn ketat2,bila luka dah pulih bole la berbengkung mcm biasa..hehehe bg petua lak..itu adik akak la yg amalkan sbb dia pun bersalin secara pembedahan,hasilnya perut tetap maintain...

    ReplyDelete
  2. oooo mcm tu ke.... nice tips.... lieya ade bengkong tali kasut tu .... tapi seluar ala2 korset tu ade laaaa...lagi senang pakai seluar koset tu kot...kang tetibe cari bengkong ade en laki pelik tanye prepare nak ngandong lagi ke kakaakakakaka

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Ala, kalau dah guna rumah mmg lah agak berselerak nak nak busy. Kalau balik tido je umah sure lawa lemas kot. Hehe

    Tulah.. Time cik P datang mmg perut sikit buncit kot. Bab perut ni part paling jenuh nk bg flat. Menitis peluh nk bg tak berbonjol2

    ReplyDelete
  4. dah terlambat la untuk acik AN..
    baik AN cuba..tak rugi mencuba kan.

    ReplyDelete
  5. Akak pun kategori perut buncit jugak Aisy .. nak berbengkung tu yg kena rajin.. kena cari bengkung balik ni :)

    ReplyDelete
  6. bengkung adalah bagus tapi saya tak dapat la... dulu beli pun tak pakai pastu bagi orang, canner nak perut ramping ni huhuhu.

    ReplyDelete
  7. wow! petua yg menarik ni.
    nak amalkan la....
    tq for sharing!

    ReplyDelete
  8. ooh..boleh try ni..

    ReplyDelete
  9. mmg sadis la kan klu MIL dpt tgok adengan yg tak sepatutnya..ala biasalah takkan tak aham..menantu keja pstu anak kecik2 lagi..setakat rumah selerak tu normal la..:)

    nak berbengkung tu yg azab.sy pakai yg mcam girdle tu ja senang sikit sarung..benda nak cantik mmg kena rajin..klu malas apa pun tak bley..:)

    ReplyDelete
  10. Wah rajinnya berbekung masa datang haid…
    Saya rasa sejak tak minum ais ni, mmg boleh perasan perut kurang buncit… Tapi tak tahu la kot2 perasaan jer semata…. huhuhu

    ReplyDelete
  11. *Takpe.. MIL mesti faham... Aisy career woman kan..
    *Singgah ni sbb nak ucap HAPPY TEACHER'S DAY to you!!

    ReplyDelete
  12. bab2 petua kempis cepat2 kita klik.
    tp betul masa haid perut kita mcm kembungkan..boleh jadi bagus pakai bekung time ni..
    nanti kita try.

    ReplyDelete
  13. selamat hari guru? dapat hadiah apa ek?

    ReplyDelete
  14. bekung dh mana pergi ntah le...

    ReplyDelete
  15. pokok pangkalnya mmg kna rajin berbenkung la ye
    akak ipar sy anak 4 perut kempis je.
    petuanya sapunya limau nipis +kapur msa dlm pntg


    akak,
    SELAMAT HARI GURU
    semoga menjadi guru yang cemerlang & terbilang..

    ReplyDelete
  16. Oh, ya ke? Boleh cubalah kalau gini :)

    Psst.... nasib baik sempat kemas kali ni. Kalau tidak, sendiri mahu tahulah rasa malunya macamana... hehehe ...

    ReplyDelete
  17. Perut ni buncit jugak ;) , slmat hari guru aisy ;)

    ReplyDelete
  18. Cuba lah AN...tak rugi pun..

    Selamat Hari Guru...salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
  19. umh akak pun berselerak..bila org nak dtg baru cbuk mengemas!
    bagus petua ni..nt nak try la tp dah lama xberanak ni benkung pun dah xtahu letak mana!huhu..

    ReplyDelete
  20. Good sharing la. Boleh cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  21. ohh baru tau ni.. kwn ofis try tak kempis2 pun. dia pakai bengkung tp xkawal makan jugak kot akak. semoga petua ni berguna nanti kalau perut nina dh buncit. hehe

    ReplyDelete
  22. bagus juga petua ni
    thanks share :)

    ReplyDelete
  23. singgah melawat.. nesti akak sibuk kan :)
    hi hihi.akhirnya, terpengaruh jga kan..

    ReplyDelete
  24. Ni mcm nak suruh okje kempiskan perut jer ni hehe....Yelah AN...mmg rasa buncit jer perut ni apa tah lagi malas dah nak berbengkung sejak 2 menjak ni....nak kena mula balik nampaknya....tq AN ...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1