Naim bagi kad untuk kali pertama

Petang tadi saya balik dalam keadaan hujan lebat. Kilat pun ada juga tadi. Risaunya bila kena memandu dalam keadaan macam tu.

Namun hati mula lega bila saya masuk kawasan rumah kami, tak basah tanah pun. Masuk ke dalam rumah pula, Naim menunggu sambil tersenyum. Rupanya ada kejutan untuk mamanya.

Naim suruh saya duduk. Disuruh pejam mata dan diletakkan dua barang ni di atas tangan saya. Cikgunya yang ajar kot ni kan? Walaupun comot teknik warna dalam kad ni, namun saya dah terharu dapat kad macam ni buat kali pertama sejak bergelar ibu.

Walaupun dari masa balik tadi hingga sekarang, dah beberapa kali Naim minta saya pejam mata dan letakkan lagi benda-benda ni di tangan saya, tak apalah. Layankan saja kehendaknya. Coklat ferrero rochere pun ada disediakan oleh cikgunya, tapi Naim dah makan sendiri tak bagi mama pun. Tak kisahla..

Comments

  1. Cantiknya Kad Hari Ibu!!. Siap ada Rafelsia lagi tu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. rafelsia pun rafelsia la.. tgh pakai ni. Naim beriya minta mama pakai.. dia yang pakaikan.. bestnya..baru dpt yg palsu ni

      Delete
  2. mmg touching bila terima dr ank sebesar tu AN!
    pandai cecikgu depa mendidik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. mmg touching dgn cara Naim tadi. Yang tak tahan tu.. dah kali ke berapa dia pakaikan gelang tu, Naim ni mula tanya, " mama, kena cakap apa?" ... dia minta terima kasih..sabo jelah

      Delete
  3. sweet sangat ni.. mesti mama senyum sampai telinga..hihi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumla kali pertama dpt ni.. anak lak baru 4 tahun

      Delete
  4. so sweet... semoga naim menjadi anak yang soleh.
    Nama sama ngan anak Amy....Nasiim Naim

    ReplyDelete
  5. alahai.so sweet :)
    dok byg saat naim suruh akak pejam mata tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak gelak2 masa mula2 tu.. tak sangka dia pandai lak buat gitu

      Delete
  6. lawa naim kaler kad hari ibu untuk mama..cantik kadnya siap ada pearl..tp coklat dh kena sebat.hehe..

    aktiviti pra sekolah n kondergarten hari ni kebanyakkan ialah membuat kad hari ibu..sy tgok kawan2 share di fb.

    selamat hari ibu AN..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lawa ke comot tu? Dia kaler suka hati dia je tu.. tak kisahla kan

      Delete
  7. wah so sweet…. Mama menangis terharu tak? Hihihi, sengaja nak korek rahsia ni..
    Gelang tu pun dari sekolah ke AN? Mmg special kalau lagu tu….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. sekolahnya bagi sekali. Kad, gelang dan jambangan coklat.. serius terharu walaupun coklat dh takda

      Delete
  8. anak2 skrg lebih memahami..
    dan bijak...

    ReplyDelete
  9. seronok dan terharu kan bila dapat kad dari cinta hati..oo siap gelang lagi..pakaila g sekolah..:)

    ReplyDelete
  10. Alololo... sweetnya naim.. :-)

    ReplyDelete
  11. Cantik kad tu AN...kreatif jugak cikgunya warna hijau dia pun cantik sama warna ngan boarder awak ni...OKje? Seketul kad pun tak de hehe....
    Saja nak invite offically yang Liebster award tu..... http://hainomokje.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html Tak payah paksakan diri kalau tak sempat pun tak pe....

    ReplyDelete
  12. wah cantiknyer... terasa diri dihargai kan !

    ReplyDelete
  13. rasa macam dah komen yang ini, belum rupanya. sweet kan dorang ni... excited meraikan.

    ReplyDelete
  14. ala..sweet sgt. buat apa yg cikgu suruh yea. yg tak menahan coklat tu mkn tak bg mama lak..haha

    ReplyDelete
  15. Touching gilakan bila dapat something daripada anak-anak. Walaupun tak semegah mana, boleh buat kita senyum lebar sampai ke telinga. Hati pun rasa berbunga riang aje mengalahkan dapat hadiah daripada boyfriend ketika zaman bercinta dulu. Itulah nikmatnya bila dipanjangkan usia dan dapat melihat anak-anak membesar dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

    First saya dapat pun masa umur Abang 5 tahun. Cikgu Smartreader yang tolong buatkan, dia tolong color comot aje :) Lepas tu, tak kira hari apa pun, memang kerap betul dapat kad dari anak ni. Yang penting, yang buat saya senyum bangga bercampur terharu bila setiap kad ada ucapan - I love you so much, Mommy. You are my dearest Mommy!

    Menitis air mata ni hah ....

    ReplyDelete
  16. seronokkan walaupun dpt yg palsu pun xpe,anak2 yg bagi tetap rasa berbesar hati

    ReplyDelete
  17. sweetnya naim..mesti terharu mama kan..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?