Bila gambar dipinjam dengan kebenaran

Assalamualaikum..
Dalam beberapa minggu ni makin malas saya nak menulis. Entah kenapa. Betul juga, selama ni saya selalu nasihatkan murid-murid supaya rajin ulangkaji dan rajin buat kerja rumah. Diorang diingatkan bahawa kalau dah terbiasa bermalas atau tak buat kerja, bila nak memulakannya semula tu akan terasa susah dan malas.

Nampaknya betul ayat tu. Jadi, mari kita atasi perasan malas yang membelenggu tu.

Hari ni saya dikejutkan dengan satu komen dalam sebuah entry lama saya, Roti Gatai.

Nama dia wakil je. Saya mulanya tengok semula dalam entry tu saya letak gambar apa. Maklumlah dengan kerja banyak dan penyakit ketuaan ni, tak berapa ingat apa yang saya merapu dalam blog ni 100%. 


Bila saya buka entry tu saya rasa lega sebab saya tengok gambar yang ada cuka gambar roti canai dalam pinggan dengan ada gula. 
Saya sambung siasat lagi, lepas tu. Buka google search, saya taip roti canai kuah sotong. Keluar dua artikel bertajuk tu. Bila saya klik, keluar macam gambar kat atas. Sejuk hati bila diorang ada masukkan kredit ke nama blog saya ni. 

Berhemah nampaknya diorang ni kan? Tulis komen untuk minta kebenaran dan dalam page diorang pun ada dilinkkan dengan kredit ke blog saya. Taklah saya rasa nak marah. Saya halalkan gambar ni. Semoga ada membantu sedikit sebanyak.

Bukan apa, saya risau gambar anak-anak atau yang lain akan disalahgunakan. Sebelum ni ada juga kes macam blogger LM, yang gambar di blognya digunakan dengan tujuan tak elok dan tanpa kebenaran pula. Risau kita kalau terjadi perkara macam itu kan. Manusia ni kalau dah jahat, macam-macam boleh buat. Mana peduli sama ada aniaya orang lain dah.

 

Comments

  1. err sedap pulak tgk roti canai cicah gula!

    ReplyDelete
  2. betul berhemah dan beretika..

    knor tak kisah juga klu nak share ke nak apa ke..tak pyh bg tau pun takpe..nak ambil gambar dlm blog pun tak pe..nak buat buku resepi curi dr blog knor pun takpe..

    ReplyDelete
  3. yupp..AN,akak pun dah malas nak mnulis n3 now!
    ada ke camtu AN?risau gak kot jd gitu..ni la yg ustaz tu ckp jgn salah guna!!ilmu yg ada patut dikongsi utk manfaat bersama ni tidak..disalahguna dan maybe memudaratkan lak..nauzubillah!

    ReplyDelete
  4. Betul tu...gambar2 kita yang ori tu kalau diguna pakai untuk tujuan kebaikkan tak pe jugak, yang risau kalau di salah guna...risau jugak kan...kalau ada yang mintak izin atau kredit kat kita lagi bagus...

    Bunda nampak ramai juga yang sign atas setiap gambar2 yang mereka upkan...lagi bagus dan selamat macam tu kan...tapi bunda tak pandailah nak buatnya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    niat dia baik denganc ara yang baik :)

    ReplyDelete
  6. Semoga kita dilindungi dari orang2 yang berniat jahat.

    ReplyDelete
  7. skrang tgh musim nak pekse pertengahan tahun kan aisy.... mak bapak yg over risau ni ...tiap malam gigih pantau anak buat ulang kaji ekekekeekek

    haa mcm tu le betul caranye...mintak izin....tuan punye pic asal di maklumkan.... bukan main ambil jek...lieya penah tekena dulu...gambar di ambil siap buat testimoni petua lagi....mmg gile blog tu....lieya tau pun dah lambat....

    ReplyDelete
  8. Saya tak suka makan roti canai letak gula macam pelik rasanya..Tapi memang bagus orang ni minta kebenaran untuk amik gambar bukan sebarangan je kan..

    ReplyDelete
  9. Hehe...ini betul betul ketam ni...suh anak murid belajar rajin rajin....hehe
    Tapi mmg betullah AN ada masa kita mmg malas sungguh nak menulis dan BWkan

    Ye...gambo okje pun pernah dipinjam juga dan samalah siap credit buh link blog kita lagi ....secara tak langsung blogger tu mempromosikan blog kita jugak...tapi okje, tak kisah...dah katanya OK jerrrr.....hehe ada setengah orang tak sukakan....Ikut oranglah....

    ReplyDelete
  10. yelah...sepatutnya mcm tuh lah cara die..minta kebenaran barulah terbaik..hehe

    ReplyDelete
  11. saya try untuk kurangkan share gambar personal kat FB or blog... bukan apa.. takut abused

    ReplyDelete
  12. mmg selalu juga jadi isu bab gambar ni..dulu2 sy rajin juga buat watermark,sekaran ni je tak rajin..lgpun rasa macam takpopular pun org nk ambil gambar kite dr blog..huhu klu utk kebaikan takpelah kan AN,klu buat benda buruk dengan gambar kita mmg akan jadi isu besar punya..

    tinggalakn komen n bagi back link tu kira berhemah la caranya.:)

    ReplyDelete
  13. patut dipuji tindakan mereka tu… siap bagi kredit lagi…
    ada juga gambar kek saya yg orang letak dalam fanpage…. Jangan harap nak beri kredit, minta izin pun tak…. huhuhu
    Terfikir juga nak letak watermark, tapi malasnya la nak edit gambar letak watermark bagai.. biasa snap gambar guna phone, terus upload… mmg bercinta tau kalau nak letak watermark satu-satu.. awal2 blogging dulu jer rajin, lepas tu terus ke laut...

    ReplyDelete
  14. Dia bg link sekali takpe lah .. Ye lah klu niat dia baik x salah kan?

    Klu org curik gmbr saya pastu mengaku tu gmbr dia hebat sgt kat fb sana sini tu mmg sy marah. Buatnya dia menipu tup2 sy yg kena tangkap polis

    ReplyDelete
  15. tetiba nak mkn roti canai

    ReplyDelete
  16. Tu baru betul kan AN...acik selalu baca..ada yang guna gambar resepi orang lain mengaku sendiri punya.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah.ada budi bahasanya.. naru la kita sejuk hti kan
    betul tu kak.mmg kena hati2..
    risau jugakkan..

    ReplyDelete
  18. Mcm ni br x rass nak mrh kalu pix kena ambik. Roti canai mkn dgn gula melaka pn sodap.

    ReplyDelete
  19. kan...bukan susah pun nak link as appreciation dan minta kebenaran, especially kalau tujuaannya untuk komersil use. tu la kan kadang2 terfikir jugak gambar anak2 semua risau takut ada yang salah guna. minta jauh jer la.

    ReplyDelete
  20. Baguslah ada juga orang yang berhemah begini - minta izin sebelum nak guna barang orang lain :)

    Napa ek AN, orang semula dah takda mood nak menulis tapi mood saya tak kedaung lagi nih? Susah hati pulak dah ...

    Ni minggu exam ya? Nasib baik si Abang dah settled exam sebulan yang lalu. Bila anak nak exam, Mommynya yang kalut macam nak jawab soalan exam pulak! Camna ni AN ... sebab itulah ada pepatah 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus' . Hahaha...sukanya kalau sesekali dapat tease cikgu cam ni? Masa sekolah dulu, innocent sangat, tak berani nak tease cikgu sebab nak jaga status A dalam report book :)

    Gurau again ya, AN. Jangan ambil hati. Takda faedah ambil hati dengan kata-kata saya ni. Katanya jiran sebelah rumah....

    ReplyDelete
  21. baguskan org tu siap minta izin...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?