Bau macam bulan puasa

Kelakar betul dengar ungkapan macam tu kan? Baru bulan April ni. Lagi-lagi yang cakap tu, Papa Naim yang bukannya budak-budak lagi..

Bukan apa, nak tunjukkan yang dia seronok sangat. Hari ni Atuk (abahnya) memasak makanan yang menggunakan resepi keluarga yang katanya selalunya lauk ni akan dimasak pada bulan puasa. Rasanya ni kali pertama saya merasa lauk ni sejak empat tahun masuk keluarga ni..


Semasa dalam proses masak

Hasilnya yang siap masak

Nampak menarik tak? Lauk ayam panggang berempah resepi FIL saya ni jenis panggang yang berkuah.. Seronok belajar resepi baru hari ni...


Korang kalau masak waktu mentua ada masak macam mana ye? Kalau saya, selalunya akan masak yang simple je mana yang saya tahu...eh memang tak berapa pandai masak yang gempak pun. Lagi, saya takkan ambil risiko masak makanan yang mentua biasa masak...ada sebabnya..

Walaupun diorang, terutamanya abah tak komen secara langsung, ada masanya dia secara tak langsung tanya pasal teknik dan bahan yang saya masak. Mulalah nak fikir bukan-bukan. Tahulah diorang pandai masak.. Bahkan minggu lepas masa saya masakkan ayam goreng berempah, dia makan je macam biasa. Keesokkan harinya abah bagitahu kalau ada masa lain kali dia nak ajar saya buat ayam panggang berempah resepi dia macam yang ditunjukkan kat atas tu... ha, kalau korang, apa korang fikir? mesti yang positif je kan? apalah saya ni..

Comments

  1. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
    rasanya nak berkenalan dengan blog ni...

    ReplyDelete
  2. Saya masak breakfast je. Nasi lemak ke, nasi goreng ke. Lawan dgn ayam goreng la. Tp kalo lunch selalu makan kt luar. Kalau ter makan kt rumah, papa adam yang masak. Sbb dia lg expert. Dpt la makan sedap2. Saya jd tukang cuci je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam gitu bestla...kalau ada org nk masakkan saya pun lagi seronok.

      Delete
  3. saya lagi teruk rasanya... kalau mertua datang rumah, mmg mertua yg masak.. mungkin dia tak nak menyusahkan menantu atau dia tahu menantunya ni tak mapndai masak... Lagipun kat MIL, FIL agak cerewet, kena makan apa yang MIL masak... so saya pun tumpang makan sekaki :)

    ReplyDelete
  4. Bertuahnya dapat mentua yg pandai masak..bleh timba ilmu..

    ReplyDelete
  5. Orang tua kan cerewet sikit bab makan2 ni, so mungkin dia nak wariskan seni masakan tu kat u, supaya tak ilang macam tu jer. Hohooh tapi saya sendiri kalau mertua nak "betulkan" masakan saya, sentap jugak la kejap. So far lucky sebab mertua mmg tak campur kalau saya masak, and mmg saya jarang masak kalau balik kampung sana hihihi. Tapi ada sekali tu saya buat ayam panggang madu, kan manis, dorang tak pernah makan ayam daging manis ni, pelik la bagi dorang so kurang la jamahnya. Itu pun dah buat saya sentap. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...mmg sentap akak... tapi apa nak buat, redha je la, kan? nak komen lebih pun tak leh, rasanya ada yang membaca penulisan saya sekali sekala ni...

      Delete
  6. kalu akak pun mesti fikir negatif jugak...hehehe

    setakat ni kalu mentua datang rumah,akak akan tanya en.azmi apa yg nak dimasak sebolehnya akak masak apa yg akak tau,takde la special pun yg penting jgn diorg cirit birit lepas makan masakan akak tu ..hehehe

    ReplyDelete
  7. haha,....susah jugak kalau ada FIL yg pandai masakkan...sebab mesti dia rasa masakan kita banyak yg kurang,....
    Alah buat tak tau je AN....masak apa aje yg kita reti.... hehe kalau diaorang tak mo makan lagi senang , kita tak yah masak lagi!

    ReplyDelete
  8. akak kalau g umah mentua, masak dalam ketakutan..haha..sebab takut mentua komplen..last2 akak tolong potong2 je bawang..eheh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1