Nazif's first taste of juice




Anak dah dua baru saya jumpa benda ni.. comel tak warnanya? tak sangka pula ada alat untuk memudahkan kita untuk bagi anak kecil makan dan merasa jus buah dan sayur..
Tak payah nak blend buah kalau nak ajar anak merasa jus, macam yang saya lakukan 
masa Naim kecil dulu. Padahal diorang yang kecil ni bukannya akan makan dalam kuaniti yang banyak pun... Gigit jejaring tu jus akan keluar dan yang hampasnya akan tinggal kat dalam jejaring tu.

Kebetulan terjumpa alat ni, saya beli petang tadi dan terus sebentar tadi bagi Nazif cuba. 
Nampaknya Nazif cukup suka gigit benda ni,.. 
Tengoklah gayanya masa makan tadi. Bersungguh sungguh dia gigit dan tak nak bagi papanya
tolong pegang, sebaliknya dia pegang sendiri.
Epal dua potong kecil yang dimasukkan ke dalam jejaring tu habis dia gigit.

Hari ni Nazif rasa epal merah yang manis. Esok nak cuba apa pulak ye? 

Comments

  1. Buat mix fruit ! Tembikai pon best hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tembikai ok ke utk anak bawah setahun? setahu saya tak boleh...

      Delete
  2. Aisy beli kat mana ni? Baby Misha selalu tercekik kalau bg buah coz dia suka telan banyak sekaligus.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kina, saya beli di kedai peekaboo di shah alam.... ada sale barang baby sekarang... cuba kina tgk di website dia.. peekaboo.com.my.

      aa, bleh guna belikn untuk Misha bend ni... mesti seronok dia nanti.. Naim pun menerai tadi...

      Delete
  3. Ada rupanya benda camni, bagus btul. Tunggu firas dpt adik plak la hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, ada plan nampaknya tu? elok yu, cepat2 bagi adik firas...

      Delete
  4. anak2 dah besar, baru jer akak tau benda ni ader terjual, dasatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dasyat...saya pun sama kak, tadi petang baru thu kewujudan benda ni.. tu pun sebab sakes girl tu explain kepada pelanggan lain.. saya yang dengar pun menyibuk ambil satu... mujur Nazif suka.. senang pun senang benda ni...

      Delete
  5. Bagus nya alat ni...esok cuba buah pear ke lai pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea..esok blh cuba bg nazif rasa..thanks

      Delete
  6. Comelnya Nazif, geram tengok!

    Ibu2 zmn dulu kalau nak bagi anak makan ubat (lempoyang tumbuk) diorang guna kaedah ni, guna kain punjut suap kat anak (Pernah mak I buat sampai menjerit2 I nangis sbb pahit)....mungkin pengusaha alat ni dpt idea dari situ kot... hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Ni maknanya orang dulu lagi kreatif, kan?

      Delete
  7. Owhhhh.... ada benda mcm ni ye? Mcm2 benda x tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. boleh MA beli utk adik Adam lak nati

      Delete
  8. saya pn sama..ank 3,tapi tahun ni br tau...rasanya fresh food feeder ni br ada la..hihi..sebelum ni tak pernah tau pn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh..fresh fruit feeder ke namanyA? Haha.xbiasa survey brg baby...

      Delete
  9. Comel kan? Skrg dah byk.dulu susah sket nk carik

    ReplyDelete
  10. wah menarik laa....dl xjumpa lak benda alah ni..

    ReplyDelete
  11. macam-macam ada sekarang nikan AN..hehe... beruntunglah budak sekarang!

    ReplyDelete
  12. la akak baru tahu.. kreatif yerk.. padahal kita leh gak buat sendiri (ayat yang kalau adik akak dengar mmg nak kena kutuk)

    ReplyDelete
  13. Wah, menarik nie.. Sng baby skrg nie semua ada ;)

    ReplyDelete
  14. ada yerk.. liya pun tak pernah jumpa sebelum nie... :)

    ReplyDelete
  15. tak pernah pula jumpa..
    Aisy beli kat mana ni

    ReplyDelete
  16. x pernah tgk benda ni..ehehe..:))

    ain: pasal belimbing buluh tu lagi bagus kalau guna belimbing buluh..lagi sedap...tak payah bubuh kerisik..buat kari yg ala2 cair gitu kalau bubuh belimbing buluh..memang meletop tau!

    ReplyDelete
  17. nak beli jgk. kat mana nak dapatkannaya?

    ReplyDelete
  18. laaa, aku x tau pun wujud benda alah ni...jakun aku...hahaha...

    bagus la, boleh la aku beli benda ni kalau aku ada baby baru nnt...heheh...

    ReplyDelete
  19. pernah tgk benda ni dalam blog abg ben rasanya. senang la skit si comel ni nak makan buah kan. suka la dia duk gigit2 tu..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1