Bahaya ada kat mana mana : disamun di tempat parkir

Tetiba saya teringat kes yang berlaku kepada rakan di sekolah saya tiga hari yang lalu. Semoga dengan perkongsian ini boleh kita semua manfaatkan.

Hampir 32 tahun kehidupan saya ni, alhamdulillah tak pernah lagi saya alami sendiri kejadian disamun. Walaupun semasa pernah menyewa dengan rakan-rakan semasa belajar dulu, ada sekali rumah sewa kami dimasuki pencuri semasa kami tidur, tapi sekurang-kurangnya kami tak rasa trauma sebab dah sedar kehilangan barang bila bangun tidur. Kelakar pun ada bila difikirkan, macam mana boleh tertidur sampai tak sedar langsung orang masuk ke rumah. Mujur tak diapa-apakan kami..

Berbalik kepada kisah rakan saya ni, perempuan 30an, bujang dan seorang diri pergi membayar bil selepas sesi persekolahan berakhir. Pastinya dah malam, sebab sekolah pun 6.50 pm berakhir, dia pula antara orang yang selalu keluar lewat dari kawasan sekolah.

Malang tak berbau. Selepas dia selesaikan urusan, dia pun masuk ke kereta untuk pulang ke rumah. Korang tentu tak sangka, kes macam dalam filem.. Tak tipu ni. Tiga orang lelaki menerpa ke arah dia yang baru nak hidupkan enjin. Salah seorang, kaum Melayu, katanya memang dia pasti sebab yang dimaksudkan ni tolak dia, dengan kasarnya minta tanggalkan gelang dan rantai yang dipakai. Setelah itu, rakan saya ni dihumbam ke luar kereta lalu tiga penjahat ni melarikan kereta rakan saya dengan barang kemas yang dirampas, beg tangan, duit bayaran PIBG murid dan barang-barang lain yang ada di dalamnya.

Walaupun tentunya kejadian ni berlaku sangat pantas. Tapi traumanya, rasanya dia je yang tahu. Lebam akibat dihentak dan dicampak ke luar tu tak seberapa nak bandingkan dengan trauma yang dialami. Dengan hanya nombor telefon rumah di kampung sahaja yang dia boleh ingat semasa ditanya oleh pihak polis, dia berjalan kaki dalam kebingungan tu untuk kembali ke sekolah. Mujur ada yang prihatin, tolong hantarkan dia dengan kereta ke sekolah. Sanggup orang ni ambil perhatian kepada perempuan yang berjalan kaki seorang diri di kawasan Jalan Persiaran Kewajipan yang sentiasa sesak tu..Mungkin juga ini bantuan yang Allah dah rancangkan. Dengan perasaan kesian insan ini sebenarnya berjaya hantar rakan saya ni ke sekolah kami selepas sejam lebih memujuk rakan saya supaya terima pertolongannya. Yelah, orang yang masih terlalu trauma, takkan mudah nak terima pertolongan lelaki lain. Kalau saya pun, tentunya risau juga kemungkinan orang ni juga penjahat....

Rakan yang bersemangat waja ni cuma ambil cuti rehat satu hari. Hari Jumaat dia telah kembali ke sekolah dengan kereta yang dipinjamkan oleh rakannya walaupun dia sendiri akui, masih lagi terbayang kejadian pada malam tersebut... sungguh mengerikan katanya...

Bukan nak kata kawasan Usj, Taipan ni banyak kes macam ni. Sekarang ni, memang bahaya ada di mana-mana.. Kita kena sama-sama beringat sentiasa.... Semoga orang jahat ni dapat balasan yang sepatutnya....jahat sangat!!!

Comments

  1. Ingat tak kisah isteri Pelukis Tersohor Negara yg bini dia warga Afrika klu tak silap... disamun hingga akhirnya beliau lumpuh. Seram!.

    Kawan I pun pernah kena samun masa parking & kerugian RM15k tunai..(baru balik dari bank). Mmg kena hati2 kat bahagian parking tu, mata2 jahat sentiasa nak ambik peluang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala tu mmg kesian.. Jahat sangat penyamun...

      Delete
  2. Ya Allah...mau tak trauma lagu tu. Thanks god dia tak cedera teruk kan, trauma tu mmg payah nak ubat la, akan teringat2. Hope she'll recover soon tho.
    Saya dulu pun pernah kena ragut, tapi takder la seteruk kena rompak gini. Kuat semangat your friend. Jahat nyer la mereka tu, takper balasan Allah akan ada untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Dhla bujang, famili jauh di terengganu.. Nas kena ragut kat Malaysia ke?

      Delete
  3. Ya Allah, kesiannya dekat your friend...
    saya pun pernah ada kawan yang kena samun... siap minta no kad atm, kena pukul dan kena humban ke dalam semak samun.. masa dia cerita tu dia kata macam dah mati bila dipukul, tapi tak sangka umurnya masih panjang.. masa dia cerita tu pun mmg rasa sama dgn apa yg kita tgk dalam TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun super jahat. Manusia yang terdesak ni mmg tak berperikemanusiaan, kan? Jahat jahat jahat....

      Delete
  4. Betul tu. Mcm2 kes sekarang. Lagi malang bila kejadian samun dan rogol.

    Saya pernah alami kejadian ke kejar org gila. Sempat masuk dlm rumah. Tapi yg bestnya, dia pecahkan semua tingkap rumah. Nasib ada gril. Kalau dia masuk, xtau apa jadi. Org gila menjerit lebih sejam. Jiran2 xde yg membantu. At least call polis ke. Tiada siapa. Saya seorang diri. Lepas reda, saya buat repot polis. 3 jam menunggu sbb balai xmo ambil repot saya. Alasan mereka kenal org gila tu. Bila asp dtg, baru pura2 layan saya dan ambil repot. Kejadian mcm ni, selalu berlaku. Lelaki ini gila seks rasanya. Hanya gangu perempuan. Malang kerana saya repot pertama, jadi waran tangkap tidak dpt dikeluarkan untuk hntr ke hosp. Esoknya, jiran2 bertanya khabar. Even si gila minta maaf. Katanya dia salah org? Saya terus pindah tapi 2 minggu menggigil tak hilang. Kenapa org yg smlmnya gila hari ini waras dan minta maaf? Kalau lah rumah tiada gril, apa agaknya yang boleh jadi? Saya baru menyewa disitu. Jiran2 bercerita mmg selalu terjadi. TAPI tiada yg prihatin utk repot polis atau sekadar tlg call polis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya Allah, it happened to u too my dear? I'm sorry for you...
      Tak sangka betul kejadian macam ni.. Jahat jahat jahat... Orang gila tu, jiran dan polis yg tak bertanggungjawab tu... Geram sangat saya baca kisah ni.. Ada ke patut ??macam mana takleh keluarkan waran tangkap walaupun kes ni benar2 terjadi...apa ni? Apa nak jadi dengan masyarakat kita ni?

      Delete
  5. maunya tak trauma kalu jd mcm tu,tp mujur ada yg prihatinkan,syukur sangat2,walaupun ada yg jahat masih ada org yg baik hatinya.

    akak dulu masa bujang pernah diragut,tp malangla bg peragut tersebut sbb hujung bulan,belum keluar duit gaji yg ada dlm beg akak tu cuma duit utk tambang bas sahaja..hehehe,bersyukur juga disitu..

    harap sgt kita semua dilindungi dr semua kejadian seperti tu,takut sgt kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan? Kita cubalah berhati2 dan amalkan mana2 ayat yang sepatutnya, in shaa Allah selamat..

      Haha..padan muka peragut tu.. Ni sama macam kes saya, masa rumah sewa kena masuk pencuri tu, saya tak kisah sangat sebab dalam beg saya tak terusik, mungkin sebab ada berapa belas ringgit je.. Rakan rakan saya ada yang rugi banyak..

      Delete
  6. Ya allah. Takutnya. Mintak simpang la. moga allah lindungi kita semu dan juga keluarga

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum dik,

    moga kawan adik tu kembali ceria..semua berlaku ketentuan dari Ilahi..bersyukur sgt kerana kawan adik masih dilindungi Allah..bykkan doa elak dr bahaya..


    ReplyDelete
  8. belum pernah ada pengalaman kena ragut..

    kesian kawan Aisy tu..mesti dia truama..geram lah dgn penjahat tu..harap kena balasan yg setimpalnya

    ReplyDelete
  9. ish...geramnya baca citer2 mcm ni...grrrrr!!

    mmg bahaya sekarang ni ada di mana2...sama2lah kita amek iktibar atas kejadian ni...ish...nauzubillah...

    ReplyDelete
  10. bahaya di mana2.
    extra careful!
    aida sendiri kalu sorang diri memang extra careful! takut!!!

    ReplyDelete
  11. ngeri nya... mintak di jauhkan lah perkara mcm ni. takut sgt2.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1