Impian dulu, kan?

Bila baca entry Mama JJ petang tadi, buat saya rasa seronok. Teringat akan impian yang tersimpan.. Memang dah lama saya simpan impian nak jadi tauke sebuah kafe yang santai.. haha, budget macam bini orang kaya tuh! haha, impian saya, ikut suka hati saya lah...

Setiap kali tensen kerja cikgu ni, mulalah rancang nak tukar kerja.. Dalam hati kononnya nak buka sebuah kafe yang santai dan lapang. Haha, kononnya macam kafe yang selalu tengok dalam drama Korea tu.. pasang lagu kegemaran saya, hidangkan makanan yang saya rasa paling suka makan, sediakan ruang untuk orang berbincang dan semestinya ada capaian internet. Ditambah dengan ilham dari entry Nas petang ini, saya hari ni tambahkan ciri ruang untuk anak-anak bermain juga di kafe impian saya ni..

Macam mana? boleh hidup tak? Papa Naim cakap tak boleh kaya kalau macam ni rancangannya.... Memang bukan nak jadi kaya raya pun.. Cukuplah apa yang ada, ada kerja boleh dibuat, dengan masa dan kuasa sendiri, saya akan ada masa untuk diri sendiri dan anak anak. Ada masa untuk beribadat dengan lebih baik. Ada juga masa untuk pantau pendidikan anak anak sendiri dengan lebih baik..

Cukup indah berimpian, kan? Rasanya payah nak capai. Banyak kena buat penambah baikan kalau betul betul nak buat kafe sendiri ni.... entah tahun bilalah akan tercapai tu.....haha...

Seronok tengok akak Ieda dah mula kerja sendiri. Semoga akak akan lebih gembira dan dapat capai apa yang dihajati.

Comments

  1. Yayy happyy to give inspiration (macam la cafe tu saya yg punya) hehehe. Tak salah pasang impian, sekurang2 jadi titik penentu arah tuju. Betul,, mmg best cafe gini, santai... mesra keluarga. Mmg la payah nak kaut untung kaya raya, tapi untuk survive dah cukup buat permulaan kan. Yang penting, orang suka, family yg datang pun happy, anak2 happy. why not.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nas ni mmg faham jiwa saya kah.. elok kan macam ni, dapat balik modal dan untung sikit kira oklah... yang penting buat orang sekeliling kita dan dirinkita sendiri happy...harapnya impian ini akan tercapailah..

      Delete
  2. suka, suka...i pun nak join..

    ReplyDelete
  3. Kena cukup kaya tu... sbb kalo x cukup kaya, sibuk running bisnes, silap2 lg sibuk dr jd cikgu.
    Hihihi...

    Bini org kaya, bosan pulak kalo xde keje kan... kena juga cari kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak nak kayalah nampaknya kena buka kafe yg santai.... haha, kena minta papa naim cepat jadi managerlah nampaknya, baru leh buat macam ni..

      Delete
  4. Aamiin... I doakan mudah2an terlaksana impian Aisy tu, takde yg mustahil dlm dunia ni. Aisy boleh! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...thanks... harapnya akan tercapailah....

      Delete
  5. tambah satu lagi,sudut bacaan hehehe. moga impian tercapai. cikgu nak pi makan free ni hehe

    ReplyDelete
  6. insyaallah, berkat doa dan usaha. Semua org ada impian masing2.

    ReplyDelete
  7. Kat area umah sy ada cafe baru buka ala2 mcm awk kata ni, kerja anak beranak je. Tp yg best rasa mcm mkn kat umah sendiri. Mmg santai cafe dia

    ReplyDelete
  8. insha Allah...mana tau impian jd kenyataan satu hari nanti,akak doakan impian aisy tercapai..

    ReplyDelete
  9. Takpe, berangan dulu... mana tahu one day jadi kenyataan :)
    Kalau minat tu ada, apa salahnya mencuba :)

    ReplyDelete
  10. Yelah memang best ada cafe gitu kan AN...tapi bila fikir balik kalau tak ramai yg datang, acamne? tu yg malas nak berimpian gitu haha

    ReplyDelete
  11. Tak salah memasang impian, kerana dari impian kita akan berusaha untuk penuhinya :)

    ReplyDelete
  12. pastu kak intan lak pi cafe ain ..ain jamu donut..baca buku sambil santai goyang2 kaki...perghh syok an..best nya kalau betol kan ain

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1