Selipar mama sakit




 
Malam tadi kami makan kat luar. Keluar je dari kereta, Naim beberapa kali
meminta saya tukar selipar jepun yang dipakai.
ada ke patut, dia tak nak bagi saya pakai selipar ni sebabnya dia kata
" ni selipar mama sakitlah"...
"mama tukarlah"..

Kuat betul ingatan Naim ni. Saya pernah pakai selipar ni bulan 8 tahun lepas semasa melahirkan Nazif..
Selepas itu, memang tak pernah saya pakai lagi sehingga malam ni..
Kebetulan malam ni pada mulanya memang agak terasa sakit kepala, jadi saya sengaja tak
nak pakai wedges yang biasa dipakai tu.
 Si Naim ni tahu ajalah, memang jenis setia orangnya..hihi.
istilah positif untuk kanak kanak macam dia yang memang mengecam barang
kesayangan dan kebiasaan dipakai..
kalau korang jumpa Naim kat luar, korang agaknya akan gelakkan dia, asyik pakai jeans yang
sama.. memang gitu orangnya.. Nampak je kering jeans kegemaran dia, memang
dia nak pakai seluar tu..
Jadi, kalau kami pun. pakai barangan yang jarang dipakai, dia pun komenlah, tak kena...ai...
 

P/s: entah apa motif entry ni, korang tak payahla komen ye...

Comments

  1. Replies
    1. ha, mana komennya ni?tau takut cikgu marah...hihi

      Delete
  2. Naim very alert dengan persekitaran dia, and dah tau mana yg biasa mana yg tak. Terharu tak bila Naim cakap gitu. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too..tak sangka usia mcm dia ni macam2 dia dah tahu buat..sejuk hati rasanya..

      Delete
  3. ok la tu naim prihatin apa yg mama dia pakai,ntah2 nanti bole jd perunding imej utk mama dia pulak.. sama mcm adam pulak,klu akak keluar tak pakai stoking dia akan ckp dah..eh..mama tak pakai socking ke? sedikit sebanyak apa yg anak2 ckp ni akan menusuk kat hati jugak kan & akan menyedarkan kita juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam ni, boleh jadi imam muda tau ustaz ni... Pandai nasihat ye? Hihi.. Bagusnya..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1