aksi lewat malam

dua hero yang suka berjaga malam.. dah pandai dah Nazif berjaga sampai pukul 1 pagi untuk main. adoi, mamanya yang letih.. Masa dua beradik ni elok main manja manja, best lah, Ada masa yang lain, depa ni bergaduh, mama yag tak tahan.. Nazif pun pandai dah ambil barang Naim dan kalau Naim rampas balik, dia tahu jerit dan buat gaya macam tak nak lepaskan barang tersebut.. ai, anak lelaki...

Mama pun tak sempat lagi guna cawan dan sudu penyukat ni, diorang ni dah buat mainan. sah sah sudu dan cawan ni lepas ni kena sorokkan daripada diorang..

Semoga kedua duanya akan jadi adik beradik yang mesra hubungan diorang.. Risau pun ada kadang kadang, sebab diorang ni macam mula belajar gaduh. Naim tak nak kongsi barang dia, suka tolak adik sementara Nazif pun nampaknya boleh tahan. Apa yang abangnya main, dia pun nak main juga...

Comments

  1. Adik beradik gaduh. Kecik2 dulu selalu gaduh ngan adik. Dh besar ni, ok je. Baik pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. arapnya gitulah... rusing tgk anak anak orang bergaduh masa di restoren atau klinik.. rasa tak mesra hubungan kalau kerja sepak menyepak je..

      Delete
  2. Banyak tido siang ke apa bebudak ni?. Kalau hari2 stay sampai pkl 1 pagi, alamat letih la kita dibuatnya, unless siang kita dah cukup tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya di taska mmg diorang byk tido..
      tapi cikgunya selalu cakap yag nazif payah ditidurkan.. entahla

      ada masanya mmg mama menguap dlm kelas..

      Delete
  3. Budak2 ni AN ..tak kira kecik, besar pun bergaduh! macam anak2 Okje pun sama gaduh mulut pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Hihi...agaknya ikut mak pak dia ni..

      Delete
  4. 'pergaduhan' mereka itu lah yg memeriahkan suasana dalam rumah...ketika dua2 tido...tentu mamanya akan terasa sunyi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul juga tu kak..

      pernah juga mak sy cakap gitu masa kita orang kecik kecik dulu...
      dah time saya merasa pengalaman yang sama ...

      Delete
  5. gaduh tu biasa la kan. lagi2 la beza umo dekat jea.hehe
    comel sgt budak dua org ni.

    ReplyDelete
  6. Kerenah budak2 sementara nak besar :)

    Comel ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan.... kalau nazif dh besar sikit agaknya lagi meriah rumah ni jadinya

      Delete
  7. Kami masa kecik2 dulu macam anjing dengan kucing, dah besar2 jadi macam isi dengan kuku. So no worry, selagi takder mencederakan each other, let them be (walaupun mama pening hihihi) nnt dah besar2 ada bahan dorang nak usik mengusik. Plus,, bagus sebagai perrsediaan hadapi dunia luar dengan other kids.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nas, kalu cakap pasal gaduh ni, agaknya perangai saya dan adik masa kecil lagi teruk agaknya.. mmg asyik bercakar aje.. mmg bila besar ni baik baik je...

      Delete
  8. comel anak anaknya.. =)

    salam kenal..

    ReplyDelete
  9. macam tu la anak-anak saya pun... main lima minit, gaduh dua minit... lepas tu duk ulang benda yang sama... tapi saya tgk budak2 ni kan, mereka bergaduh kejap jer... lepas tu terus baik mcm xde apa2 yang berlaku.. hihihi, sgt beza bila org dewasa gaduh, mesti simpan dalam hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg uniknya tentang budak budak ni, kan?
      harapnya anak anak kita juga akan hanya gaduh mesra sampai ke peringkat dewasa

      Delete
  10. adam dgn adrien pun macm tu juga aisy..skrg ni kalu waktu baik mmg kamcing sgt tgk kartun sama2 baring sebelah2,tiba masa angin tak baik..nahhh bergaduh aje la keje nyer,mama diorg ni tak larat nak menjerit..

    ReplyDelete
  11. Anak saya laki perempuan lagi gap hampir 5 tahun mmg ada gaduh jugak tapi lepas tu baik semula.. Jgn risau ok..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1