Kan dah kata!

Masa maghrib malam tadi saja saya bermanja-manja dengan Naim yang mengekori saya sejak daripada saya masuk je pintu rumah tadi..
Dengan kepala yang terasa berdenyut-denyut dan panas sejuk, saya sesaja cakap dengan Naim
"Naim, mama sakit la, sian mama"
 
 
Korang tahu apa reaksi Naim?
 
 
Dia letakkan telapak tangan ke dahi saya dan kemudiannya angkat tangan tu..
Lepas tu, dia pun keluarkan ayat yang cukup best..
 
"Ha, kan dah kata"
 
"Siapa suruh main, kan dah sakit?"
 
 
Amboi, mentang-mentang bila dia sakit sebab terjatuh, ayat tu yang selalu saya guna, dia guna balik ayat tu kepada saya ye..

anakku, bukan sama sakit sebab jatuh dengan sakit kepala, hai...

Comments

  1. Hehehe... pandai Naim mempergunakan balik ayat yg dia dengar.

    I pun mlm tadi sakit kepala, berdenyut2, bdn pun rasa dedar2 je. Sib baik pagi ni bangun dah ok. Mungkin sbb kita rajin sgt mengadap skrin computer a.k.a jadi blogger tegar kot...haha.... (itu la ayat yg hubby akan ckp bila dpt tau I sakit kepala).

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... ni risiko jadi blogger ye?

      saya dah beberapa hari, petang n malam je kepala sakit, denyut denyut... asyik perabih panadol je.. semalam cuba minum air kelapa lak, alhamdulillah tak kena sakit yang macam beberapa malam sebelumnya..

      Delete
  2. Semakin cerdik Naim ni. Kuat daya ingatan dia. Apa yg mama dia cakap dia ikut bulat-bulat.

    Kakak pening sebab batuk tak henti-henti Aisy.. bila batuk macam ada bintang-bintang kilat boleh keluar. Lama betul kakak batuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti dh macam macam ubat yg try kan? Sian kak... Ada buat xray tak? Atau ujian darah? Nak kena pemeriksaan lanjut tu..

      Delete
  3. kan dah kata anak2 memang bijak.. kita yang selalu leka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, banyak yg di luar jangkaan.

      Delete
  4. Naim, naim... kesian kat mama....
    Budak2 mmg macam tu, suka ikut/tiru apa yg org sekeliling buat :)

    ReplyDelete
  5. alalala...kiut jer naim. hehehe

    ReplyDelete
  6. haha..serius naim bijak..hehe.....

    ReplyDelete
  7. Hahahhaha Naim!!!! Tu la mama main lasak sangat kan. adoi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada main...naim ni saja nak perli mama tau...

      Delete
  8. Hehehe sama mcm amni, bila tgn ibu dia terluka siap marah tu la main lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sama jenis lah nampaknya ni.

      Delete
  9. kikiki...budak2 la katakan. nak guna ayat sendiri tak reti....so guna pakai ayat mama jer lah hehe

    ReplyDelete
  10. keletah anak-anak memang menghiburkan

    sekarang peragut berani ragut walaupun orang ramai..macam dah tak selamat dah kat sini

    ReplyDelete
  11. Moga cpt sembuh ye.. Ameen. Haaa kan dah kata! Hihi

    ReplyDelete
  12. hehehe..adeh Naim..bijak betul..tu tanda Naim sayang kat mamanya tu..

    ReplyDelete
  13. hehehe..bijak naim berkata-kata ye...

    ReplyDelete
  14. haha budak2 ni memang ingat betul ayat yg kita keluarkankan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1