Berbaloi juga

Leganya dapat berehat di hari cuti ni....Rasa ringan badan... Otak pun rasa relaks je..

Berbaloi juga penat saya ke sana ke sini bila hari yang kena bekerja. Nak tahu kenapa? Ada sehelai seluar saya yang saya pernah pakai masa lepas bersalin aritu memang terasa ketat. Apa ni, tanda-tanda menternak lemak ni. Tapi minggu ni saya kembali yakin nak pakai seluar ni sebab dah rasa longgar macam dulu, ooh sukanya....

Memang tak ada saya diet pun. Dengan Nazif yang masih menyusu, saya sebaliknya kalau sesuai masa memang akan makan banyak. Suami saya pun ada masanya tegur, "ai makan lagi?' Tapi kalau masa tengah sibuk tu, ada masanya sampai je ke rumah pukul 7.20  pm tu memang rasa nak makan semua yang ada dalam peti sejuk, sebab di sekolah memang tak ada masa nak pergi ke kantin. Mungkin kesibukan menguruskan pelbagai kerja inilah yang sedikit sebanyak membantu. Lagipun Nazif dah 6 bulan, dah macam-macam kepandaian dia. Di samping tu dah makin tembam dan makin lasak. Memang patutla mama dia slim sikit.

Selain tu, berbaloi juga saya menulis di sini sebab ramai rakan baik yang selalu baca dan bagi komen. Di kala saya penat dan meluahkan perasaan kat sini, sokongan korang amat dihargai. Terhibur rasa membaca komen-komen yang diberikan. Mama Aryan, Mama Adam, Kak Intan, Cikgu Anis, Umi Alya, kak Ieda, Nurbijen, Mama Rey, Encik H, Intanberlian, Miss Mirror, Kak Zakie, Cikgu Ma, Lya H.A.T.I, Izan mama mia, kak Kamsiah, Mimi Azirah, Nea Lopah, dan yang lain-lain yang saya tak sebutkan di sini.

 wahai sahabat semua,  saya maksudkan anda semua ni, semua yang membaca penulisan saya di sini tau, terima kasih atas kunjungan, sokongan dan keprihatinan anda..
Semuanya saya hargai....


Kepada Mama Aryan yang tengah alahan,semoga dapat mengharungi detik ni dengan selamat. Kepada Mama Adam dan IntanFirdaus yang sibuk, semoga tetap ceria. Cikgu Anis pun mendiamkan diri, harapnya dia sihat aje buat masa ni.... 

Comments

  1. salam..nealopah pun ada jugak? hehehe tq!
    Kalau dh bole pakai seluar lepas pantang tu dah kira pandai jaga body.. tahniah yer!

    ReplyDelete
  2. makan selagi ada selera, bolehkan??

    ReplyDelete
  3. Bestnya kembali mengurus... leh jadi hot mama.
    MA mcm biasa aje. Boleh je curi masa utk update blog. Sbb selalunya tulis entry tgh malam atau subuh. Tp, sbb join mama aryan... haha.. x lalu nk on laptop. Opsss.. bocor sudah rahsia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooooo tahniah....adam nak jadi abang..... jaga diri k

      Delete
  4. erkk..saya sorang jer ke lelaki kat dalam senarai tu? #_#

    aritu kan kak, saya salah blog..saya komen kat blog org lain, tapi masa taip tu, saya ingatkan saya tengah komen kat blog akak..dah publish baru la perasan..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...gelakkan H balik...

      blog akak ni rsanya ramai pompuan yang baca.. yg bagi komen kerap pun mmg pompuan.. H ni kira jejaka hebat la yang berkunjung ke blog akak ni

      Delete
  5. Memang pun dik, time cuti jcm nie lah bestnyaa dik kann, dpt ehatkan minda santai2, kat sini dah lah hujann ;)

    ReplyDelete
  6. Memang best cuti pjg mcm ni Aisy..
    Seronok sbb anak2 kat depan mata.

    Berblog mmg satu terapi yg sgt berbaloi, saling bertukar pendapat
    even tak pernah bersua..
    bila stress pun automatically hilang stress baca komen rakan2.



    ReplyDelete
  7. Eh Aisy... dpt tak comment yg saya post tadi?. Tekan2 publish ghaib plak...hehehe..

    ReplyDelete
  8. Ada anak, tambah2 u 2 hero tu, tak payah diet. Untung kan. Makan jer banyak mana, u need that energy anyway.

    ReplyDelete
  9. Ain..terharunya nama kak intan ada..best kan ringan je kepala bila bercuti kan...hari2 keja stress ja rasa

    ReplyDelete
  10. Terima kasih juga Aisy sebab selalu memberi komen di blog sy yg tak seberapa..

    sy skrg pun tak diet..anak menyusus dpt bantu kekalkan berat bdn.
    tapi beberapa hari ni asyik makan saja menambah lemak dlm bdn hehe

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah aisy...masih bersemangat kerja ni walapon badan sgt2 tak larat.memang seronokkan ada kawan2 yg selalu ada disisi walapon tak penah berjumpa muka,tp terasa dekat je dgn kita..

    terima kasih ada nama akak disitu..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?