Cikgu dalam kehidupan anda

1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah - Pengalaman. Ia merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.

2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar
Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.
Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.

- sumber : Artikel iluvislam.com

Comments

  1. wowwww, menarik entri ni.... mohon share dalam FB saya ya...

    selamat pagi Aish... semoga hujung minggu ini enjoy bersama famili...

    ReplyDelete
  2. menarik, yup, setuju dngan ketiga-tiga nya.. pengalman mendewasakan kita, ibu bapa mengingatkan kita, cikgu-cikgu mendidik kita.

    ReplyDelete
  3. selamat pagi untuk semua...
    silakan berkongsi pendapat ni...

    ReplyDelete
  4. cikgu GARANG tetap dalam ingatan...pengalaman yg 'garang' pon susah nak dilupa, ibubapa yg 'garang' ....boleh jdkan kita insan berguna.

    ReplyDelete
  5. akak..sy suka baca nie..huhu..semua tu penyumbang terbesar dlm hidup kita..baru beerti hidup..

    ReplyDelete
  6. Seme sy suka kecuali tenaga pengajar di bwh. Ms sy sekolah, sy dpt bhgn cikgu yg tak ikhlas nak mengajar. Ms sy jdk cikgu dulu pun sy mengadap cikgu2 yg suke mengata pelajar dan keluarga. Sy tau tak seme cikgu mcm tu tp sy pelik...np sy berpeluang berdepan dgn cikgu2 mcm tu? Mana cikgu yg benar2 mahu membantu (mcm yg mrk dpt)?

    ReplyDelete
  7. experience is the best teacher.. tapi kejam sikit.. hehe

    ReplyDelete
  8. suka2..pengalaman ialah cikgu paling hebat dalam hidup kita...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?