Wasiat ibu

Nak ceritakan sedikit pengalaman semasa balik kampung seminggu yang lalu.. Terjumpa sesuatu yang mengimbau kembali kenangan lama...Saya ni semasa belajar dulu pernah menjadi pemegang amanah.hehe, canggih tul gelaran tu.. sebenarnya bukan ape. Disebabkan saya anak perempuan bongsu, saya yang banyak berada di rumah pada waktu tu. Jadi, semasa tu dengan takdir Allah, mak saya telah jatuh sakit.

Semasa mak sakit tu, mak ada mintak saya tuliskan wasiat dia. Takut tak sempat jumpa semua anak cucu..Bukan nak dedahkan wasiat tu.. Tapi, selepas 7 tahun berlalu, bila saya saya jumpa kembali kertas yang saya catatkan wasiat tu, saya menyedari sesuatu...

Betapa besarnya kasih seorang ibu kepada anak-anaknya..
di saat menangggung kesakitan masih lagi ingat tentang anak-anak..
Masih lagi memikirkan nasib cucu yang dijaganya..

Dan kini mak saya dah sihat. cara ibu menjaga dan memanjakan Naim sepanjang satu minggu kami berada di kampung buat saya rasa gembira dapat menggembirakan dia.. Orang tua ni tak kejar duit, diorang perlukan perhatian dan kasih sayang anak dan cucu diorang... boleh tak saya jadi ibu yang macam mak bila saya tua nanti? dapat ke saya ni sabar dan mengasihi anak seperti itu..

Comments

  1. selalu terfikir benda ni. tengok adik beradik semua kira saling menyayangi antara satu sama lain. mampu ke nanti didik anak jadi lebih baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1