Resepi ikan taucu padang

Entah betul atau tak nama ni...hehe, ni kesnya bila baca buku resepi kawan, hafal dalam kepala je bahan dan cara masak, takut tangan lenguh nak salin. Tapi ape pun bila cuba buat kat umah, hasilnya memang sedap. Korang pun, kalau rajin cuba lah. Resepi ni saya rasa ada sedikit berbeza daripada resepi asal, sebab dah lupa sukatannya. Kuantiti yang tercatat ialah mengikut apa yang saya masak hari tu.


Bahan-bahan
1. Ikan tenggiri ( 2 potong)
2. Taucu ( 1 setengah sudu besar, dilenyek sebelum masak)
3. Halia ( seinci, ditumbuk)
4. Bawang merah ( 2 ulas, ditumbuk)
5. Bawang putih( 1 ulas, ditumbuk)
6. Cili boh ( 2 sudu)
7. Bawang besar ( sebelah dipotong dadu kecil)
8.Cili merah
9. Kicap soya manis ( sesedap rasa)
10. Kicap pekat
11. Serbuk kunyit
12. buat tomato ( separuh biji dipotong dadu kecil)
13. Garam dan gula
14. sos tiram
15. secawan air

Cara memasak:
1. Ikan yang dibersihkan perlu diperap dengan serbuk kunyit dan garam sedikit selama 2-3 minit.
2. Sediakan kukusan dan kukuskan ikan tersebut sehingga masak.
3. Sambil menunggu, boleh kita sediakan kuahnya. Dengan minyak sesuai, tumiskan 3 bahan yang ditumbuk.
4. Setelah naik bau, masukkan cili boh dan kacau lagi.
5. Tambahkan air. Kemudian, masukkan semua bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula yang sesuai.
6. Apabila masak, hidangkan ikan kemudian tuangkan kuah yang dimasak tadi ke atas ikan kukus tersebut. Cubalah.


P/s : untuk resepi tepat sila baca majalah Saji Disember..

Comments

  1. tengok resipi pon da sedap..belum masak lagi..insyallah cuba nanti

    ReplyDelete
  2. sedapnya..nak rasa kalau macam tu

    ReplyDelete
  3. waaa. selera sgt nieh.. lapar2... kene tolong mak masak kat apor cepat2 nieh.. huhu

    jom baca kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

    ReplyDelete
  4. Cikguuu .. Nanti share kan pasal masakan lagi taww . nak try .Hihi :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1