Kalau anak tak nak makan di rumah...

Assalamualaikum semua..
Rasanya ramai ibu bapa yang ada anak anak kecil dah biasa dengan situasi macam ni kan? Anak yang dihantar ke taska atau ke rumah pengasuh selalunya tak nak makan ketika di rumah. Mungkin ada makan, tapi kuantitinya sedikit. Sebagai ibu, tentu perkara macam ni sedikit membimbangkan kita kan?

Risau anak tak mendapat khasiat yang sepatutnya. Risau juga anak nanti mungkin terbantut pembesarannya kalau asyik nak minum susu je. Nasi dengan protein, sayur dan zat-zat lain diorang tak nak. Risau juga takut imuniti badan diorang kurang sebab tak cukup zat. Kalau setakat makan sedikit sayur dan buah-buah setiap hari cukup ke?


Kini saya pastikan Naim mengambil Scott Emulsion setiap hari dan paksa juga dia makan walaupun dua suap nasi. Untuk protein saya goreng ayam untuknya. Kadang-kadang dia nak , kadang-kadang langsung tak sentuh.


Ada tak cara yang sesuai nak bagi anak makan lebih sikit. Rasanya umur hampir 2 tahun tak sesuai asyik minum susu je kan?

Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts