First time is always the best

Cakap pasal kali pertama tentu banyak perkara yang korang terkenang di memori korang kan? Tapi betul kan, apa saja yang kali pertama kita buat selalunya perkara tu mengujakan, semangat berkobar-kobar, seronok lebih-lebih dan terkenang-kenang..
imej : google

Ingat kali betapa seronoknya kali pertama pergi ke sekolah? Kali pertama melancong? Kali pertama dapat gaji? Kali pertama beli kereta? Hari pertama beli I-pad, Iphone atau Galaxy Tab? kali pertama mengandung? Kali pertama dapat anak perasaan amat seronok walaupun sakit .. kalau kali pertama kawin, opps, itu saya no comments la...
imej: google

Seronokkan semua tu? Pengalaman saya kali pertama panjat gunung pada usia 19 tahun, seronok betul, perasaan teruja sampai tak tidur malam. Terpikir je tentang tempat yang bakal pergi. Tambah pula nak pergi ke gunung tu kena naik kereta api yang juga pengalaman pertama. Sudahnya dalam kereta api, saya tertidur kerana penat sangat.

Selepas yang pertama, semuanya macam jadi kebiasaan. Jadi mungkin sebab tu, walaupun seronok melakukannya, kita tak teruja seperti kali pertama. Apa pun kalau mengenang kali pertama, jangan kenang kekasih pertama....nanti isteri atau suami akan terasa lak...sendiri tanggung ye.

Comments

  1. iya saya setuju.. Pengalaman pertama akan mendewasakan kita kan..
    Tu sebab orang yang jatuh cinta buat kali pertama bole jadi gila kalau dah terputus d pertengahan....

    ReplyDelete
  2. nice entry, ap kata lawat blog sy plak...ley kte borak2 n bncg ngan lebih byk perkara lg...=) selamat menjadi rakan blog
    http://duitvideo.blogspot.com & http://genggelap.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ada juga kali pertama yang tak seronok bagi saya....

    ReplyDelete
  4. setuju sngat..first time is always the best..nak2 kalau melancong ke tempat yg pertama kali sampai..best..teruja..

    ReplyDelete
  5. setuju dgn gen2merah.
    tanpa pengalaman tiada la erti hidup

    ReplyDelete
  6. sedar tak sedar ada banyak pertama kali dalam hidup ni..tapi kenapa kehidupan ni masih kekok buat kita..???

    ReplyDelete
  7. salam kenal dan dofollow sini

    ada yg bess dan ada x bess.. kali pertama gagal mate tamb.. akak ingat lagi, sedey..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts