Disember bulan hari jadi

Masuk bulan Disember ni maknanya kita dah semakin menghampiri penutup tahun 2011. Bulan ni bulan yang meriah bagi keluarga saya sebenarnya. Ramai ahli keluarga yang kebetulan telah di lahirkan pada bulan Disember.
Mula-mula, bulan ni adik tunggal saya Lukman, yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 20 Dis. Kemudian, yang keduanya ialah anak sulung Kak Ngah iaitu Muhammad Kamil menyambut ulang tahun kelahiran pada 2 Dis. Begitu juga dengan anak kedua Kak Ngah, Nurul Atiqah yang dilahirkan pada 8 Dis. Ada lagi tau, salah seorang anak Kak Ja pula, iaitu Nadirah juga telah lahir dalam bulan ini iaitu 5 Dis. Ramaikan? Kalau semua orang dapat berkumpul dan kita dapat raikan sama-sama kan best? Tapi banyak halangan, semua dah semakin besar, ada urusan sendiri...
Apapun, selamat hari lahir buat korang semua. Semoga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan urusan harian dan diberikan kegembiraan, kesihatan serta dapat capai apa yang ingin dicapai..
p/s : doa ada, hadiah tak ada ye....hehe

Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts