Kenapa tak nak derma pada tabung kosong?

Dah beberapa kali saya perhatikan perkara ini berlaku. Masyarakat kita ni kalau diletakkan tabung kosong yang transparent dilabel kat luar derma ape-ape, payah tul nak menghulurkan bantuan. Kenapa saya sebut tabung transparent? sebabnya kalau yang tak nampak di dalam ada ape, selalu akan dapat derma wang kertas RM 1 je..

Contohnya di sekolah, buat hari terbuka untuk ibu bapa datang ambil keputusan peperiksaan anak-anak diorang. Diletakkan tabung kosong, alamatnya akan sikitlah derma atau ada kalanya memang tak dapat satu sen pun.


Tapi sebaliknya, kalau cikgu tu sengaja letakkan modal ( duit sendiri RM50 contohnya) , tak payah kita cakap ape-ape, cukup dengan label tu je, akan ada ramai ibu bapa yang bagi sumbangan. Selalunya diorang akan masukkan RM 5 minimum.. Jarang ada RM 1 lagi bila tabungnya transparent. Ni kes malu dia tak bagi kalau orang lain bagi ke? Heran bila fikirkan, tapi sekurang-kurangnya akan dapat sumbangan yang boleh digunakan untuk kebajikan sekolah dan murid semua. Tu anak-anak diorang juga kan..

Kawan-kawan yang baca ni macam mana? saya percaya korang mesti tak macam ni kan? kalau kena tempatnya korang ikhlas bagi derma kan?

Comments

  1. sumbanglah seikhlas yang mungkin..sikitpun besar manfaatnya..

    ReplyDelete
  2. nampak sangat tak ikhlas.

    kalau nak bagi, tak perlu tengok apa orang lain bagi. ikut gerak hati. barulah ikhlas namanya.

    ReplyDelete
  3. klu nak bg sumbangan tu kena la ikhlas kan cikgu kann . Lagi pun sumbangan tuu utk kebajikan anak2 murid jugakk :D

    ReplyDelete
  4. pelik...tapi itulah realitinya...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts