Kelakar pun ada

Baru ada masa nak menulis. Tadi bukan buat ape pun sebenarnya. Mula-mula duk bersembang dengan mak mertua. Dia dah nak balik pun. Tetiba pulak disuruh saya buat tempoyak sebab ada durian yang dibawa daripada kampung dah tak berapa elok. Bukan tu je, buah yang elok pula diminta buatkan menjadi kuah durian. Katanya boleh dimakan dengan roti nanti.
imej: google

Reaksi saya.....Alamak. Seumur hidup makan durian pun baru beberapa kali. Sebabnya tak minat sangat buah ni. Ini nak kena buat tempoyak dan kuah durian pulak?

Pernah saya ceritakan kepada mak tentang makan gulai tempoyak kalau balik ke kampung suami. Gelak mak saya. Katanya, "itu sebab orang tua cakap jangan tak suka sesuatu, sebab nati mungkin benda yang kita tak suk tu kita kena buat. Dah dapat suami orang Perak kenalah belajar makan makanan berasaskan durian tu.."

Mujur tadi jadi pembantu je. Mak mertua yang masak. Tapi sambil masak dia sempat pesan, dah tengok cara buat ni, lain kali boleh buat sendiri... ooo..tengoklah macam mana.

Comments

  1. kalau akak pulak hantu durian..tp tk penah pulak buat tempoyak..sebabnya tk sempat durian tu dok lama depan mata akak dah perabihkan...

    ReplyDelete
  2. yeke kak....patut sy panggil akak dtg mkn, byk mak mertua bw durian kg, penuh 1 bonet kete.

    ReplyDelete
  3. salam..terima kasih sudi singgah blog LM

    saya org segamat..hantu durian.takpe klu awak tak suka mkn, tp klu suami suka kenalah buat sikit tuk dia kot, taksuka blh je masak.cam saya pula saya tak suka mkn terung.tp hubby suka.so seminggu sekali saya akan msk menu terung.cam pelik je msk tp tak mkn..ehehe

    ReplyDelete
  4. LM: sy dh agk lama juga membaca penulisan Lm, cuma jrg bg komen je.. tulah, nati kena bljar bt ikn patin masak tempoyak kot, suami mmg suka sgt makan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1