Posts

Tetamu mengejut: Ku tak ada sushi

Image
Terkejut juga tadi bila sampai ke rumah lepas habis sekolah, saya dikhabarkan bahawa biras saya nak singgah dengan tetamunya dari Jepun.. Tak terkejut ko... Tetiba je kan? Mujur juga MIL yang sampai tengah hari tadi dah masak siap-siap. Tidakla saya kena sinsing lengan untuk tunjukkan bakat memasak yang ada. Mujur-mujur, lega tuh..                                  Ha, ni dia tetamu dari Jepun. Pelajar universiti yang datang melawat selama tiga minggu ke Malaysia dengan biayaan Tourism Malaysia, best kan dia! Riki namanya.. Korang tengok gambar tu pun dah boleh teka yang mana satu Riki-san tu kan? Yang tengah sekali tulah biras saya, memang aktif lagi dengan Persatuan Bekas Pelajar Dari Jepun, itu yang dia dapat Riki sebagai anak angkatnya ni.. Saya tak sembang pun, saja senyum dan angguk angguk je dengan Riki tu semalam. Dia nampaknya berkali kali nak main dengan Nazif. Si Nazif ni pula seta...

Belasah bukan cara mengajar anak

Saya ni makin malas nak menulis nampaknya..Adoi, kena penyakit M ni payah kan? Memang semata-mata malas, saya tak ada main game pun. Lepas postkan enty sebelum ni, saya berjinak-jinak lagi main game tu, tapi, bila dapat banyak komen yang nampaknya blogger ni terror main, kagum tul saya korang sampai level ratus! Tetiba lak rasa insaf diri. Tak nak saya teruskan main, takut akan jadi leka pulak.. Sekarang tahap tak leka pun asyik buat kerja tergesa-gesa, kalau dah lega entah apa jadi kerja-kerja saya.... Bercakap pasal tajuk ni, saya nak ceritakan kisah semalam. Kes pelajar saya . Tak sengaja nak menyibuk dalam kes murid saya yang kononnya cedera sebab jatuh. Saya bawa budak tu ke kaunselor sebab tak puas hati dengan jawapan dia. Lepas ditanya dalam bahasa dia baru dia mengaku kena pukul dengan ayah dia. Tak tahulah nak kelaskan kes dera ke tidak ni. Kalau korang tengok di tangan dia, kiri dan kanan, nampak macam kena cakar atau pun juga boleh kata kena rotan bertalu-talu. Bukan sa...

Sambutan raya taska Naim

Image
Balik semalam, Papa N bagitahu cikgu Naim bagi tahu hari ni akan ada sambutan raya. Jadi, anak-anak diminta bawa baju raya. Naim pun nampak seronok je,  macam teruja pun ada. Banyak kali dia cakap dengan saya, "Mama, Naim nak bawa baju hari raya"  , " mama, jom kita pergi raya", "mama, mana baju hari raya Naim?" Ai, Naim ni.. Tengah dalam fasa tak berhenti bercakap. Pok pek pok pek je kerjanya semenjak beberapa minggu ni. Jadi, saya pun jawablah berkali-kali sampai dia puas hati dan tak tanya lagi.  Jadi, pagi pagi lagi tadi saya pun gosokkan baju melayu Naim yang ni. Naim suka sangat baju kuning ni. Harapnya Naim akan seronoklah dengan sambutan raya hari di sekolah hari ni. Sementara kecil ni, diorang seronoklah nampaknya kalau ada majlis macam ni. Kalau dah masuk sekolah menengah, tahu je ada majlis macam ni, semua pakat tak nak datang, bosan katanya..                                  H...

Terpengaruhlah pulak

Image
Gara-gara melihat Naim download pelbagai game di ipad, mamanya pulak yang terpengaruh main salah satu game yang ada. Asyik pula jadinya... Dua hari main sikit-sikit pun dah sampai level 13, rasa syoknya...                                     Tak boleh jadi ni. Semoga penyakit ni cepat berlalu wei! Tak jadi kerja kalau macam ni....

Puding Tetamu Tak Jadi

Image
Pelik nama tajuk ni. Kelakar pun juga,kan? Ni kisahnya berikutan rancangan apa nak dihidangkan untuk keluarga akak-akak saya dari Keramat yang nak datang beraya. Dah fikir-fikir aritu, saya bercadang nak buat puding triffle. Tak pernah saya cuba buat pun sebelum ni. Saja terlintas di fikiran saya nak buat. Dalam hati saya waktu tu, nak sediakan makanan yang tak pernah saya makan di rumah akak saya. Kak Ja saya ni memang pandai masak. Walaupun dia dah pesan, " tak payahla masak susah susah dik, sian ko ada anak kecik tu" , saya rasa tak patutla hidangkan sirap dan ayam goreng je kan? Dahla kedatangan kali terakhir diorang pun setahun yang lalu, masa umur Nazif 4-5 hari. Tetapi, tak pulak jadinya. Tetiba diorang ada hal, tak jadi datang minggu ni pulak. Bahan bahan nak buat puding triffle ni dah ada, jadi saya teruskan ajalah buat puding ni. Semalam, hampir pukul 12, saya masuk dapur dan sediakan puding ni. Dah rasmikan pun tadi. Nazif nampaknya seronok makan. Kali pe...

Menyambut kedatangan

Lega dah siap kemaskan ruang bawah. Ruang bawah je tau.. Haha, itupun siap dengan bertungkus-lumus saya membanting tulang pagi ni ye..memandangkan MIL semalam bagi notis nak singgah solat kat sini sementara meneruskan perjalanan ke Muar, kenalah buat sesuatu ye.. Nanti terkejut pula MIL tengok rumah anaknya tak terurus.. Yang penting bahagian bawah dah nampak ok. Kat atas kita usahakan hujung minggu ni pulak. Haha. Dilema ibu bekerja kan? Ibu yang tak rajin macam sayalah. Selalunya kemas rumah pada hujung minggu sahaja, kalau hari bekerja sapu-sapu sikit-sikit je biasanya. Asyik letih lemah je kalau dah balik rumah lepas kerja. Jadi, masa malam yang ada gunakan untuk bersama sama dengan anak-anak. Dah lebih dua bulan kami dapat rutin macam tu sebab tak ada tetamu yang datang. Memang seronok dan tak stres bila balik rumah. Rumah selerak lain kira, yang buat tak stressnya maksud saya ialah bila kami rasa bebas nak buat apa di rumah. Hari ni, saya siap sapu, vakum dan mop lagi. Main...

Tahniah Mama Aryan...

Image
Tahniah buat rakan blogger, MamaAryan.... Dah selamat bersalin baby girl, bersalin normal. Bayi seberat 3.28 kg ni comel betul, tak sempat saya nak postkan gambar kat sini, nak berkejar ke sekolah ni.. Apa apa pun tahniah buat MamaAryan.... semoga berpantang dengan gembira....Ai, syoknya kan? Bau bayi wangilah.....