Posts

Ni yang tak gemar makan di kedai mamak!

Image
Kononnya Papa Naim nak pergi makan tossei atau capati. Saya ikutkan je. Tapi, akhirnya dia pesan mee goreng dan saya pula pesan roti nan. Bab makan tu satu hal. Ikutkan saya, makan tosei, capati atau roti nan ni boleh je, sedap je kalau kena tempatnya.. Yang buat saya tak gemar makan di kedai mamak ni adalah KENAPA, WHY pekerja di kedai mamak ni suka usik, cubit dan pegang pegang anak-anak saya? Naik hangin jadinya..tangan diorang tu bersih sangat ke nak pegang dan cubit pipi anak saya yang comel ni? Papa Naim senyum, gelak aje. Katanya, biasalah tu, orang geram tengok budak yang tembam. " tak ingat masa Naim kecil dulu? Asyik kena usik je kalau kita makan di kedai mamak di Taman Tun Aminah tu?" amboi, senang je jawabkan...Bininya ni dah tak larat buat muka garang dah, tetap juga pekerja kedai mamak ni datang cubit dan sentuh tangan, pipi Naim dan Nazif. Nazif lagilah banyak kali. Ai, geram betullah... Ni, ha, si budak yang berkali kali kena cubit pipi dan kena sentu...

Impian dulu, kan?

Bila baca entry Mama JJ petang tadi, buat saya rasa seronok. Teringat akan impian yang tersimpan.. Memang dah lama saya simpan impian nak jadi tauke sebuah kafe yang santai.. haha, budget macam bini orang kaya tuh! haha, impian saya, ikut suka hati saya lah... Setiap kali tensen kerja cikgu ni, mulalah rancang nak tukar kerja.. Dalam hati kononnya nak buka sebuah kafe yang santai dan lapang. Haha, kononnya macam kafe yang selalu tengok dalam drama Korea tu.. pasang lagu kegemaran saya, hidangkan makanan yang saya rasa paling suka makan, sediakan ruang untuk orang berbincang dan semestinya ada capaian internet. Ditambah dengan ilham dari entry Nas petang ini, saya hari ni tambahkan ciri ruang untuk anak-anak bermain juga di kafe impian saya ni.. Macam mana? boleh hidup tak? Papa Naim cakap tak boleh kaya kalau macam ni rancangannya.... Memang bukan nak jadi kaya raya pun.. Cukuplah apa yang ada, ada kerja boleh dibuat, dengan masa dan kuasa sendiri, saya akan ada masa untuk diri se...

Bau macam bulan puasa

Image
Kelakar betul dengar ungkapan macam tu kan? Baru bulan April ni. Lagi-lagi yang cakap tu, Papa Naim yang bukannya budak-budak lagi.. Bukan apa, nak tunjukkan yang dia seronok sangat. Hari ni Atuk (abahnya) memasak makanan yang menggunakan resepi keluarga yang katanya selalunya lauk ni akan dimasak pada bulan puasa. Rasanya ni kali pertama saya merasa lauk ni sejak empat tahun masuk keluarga ni.. Semasa dalam proses masak Hasilnya yang siap masak Nampak menarik tak? Lauk ayam panggang berempah resepi FIL saya ni jenis panggang yang berkuah.. Seronok belajar resepi baru hari ni... Korang kalau masak waktu mentua ada masak macam mana ye? Kalau saya, selalunya akan masak yang simple je mana yang saya tahu...eh memang tak berapa pandai masak yang gempak pun. Lagi, saya takkan ambil risiko masak makanan yang mentua biasa masak...ada sebabnya.. Walaupun diorang, terutamanya abah tak komen secara langsung, ada masanya dia secara tak langsung tanya pasal teknik dan bahan yang...

Kan dah kata!

Masa maghrib malam tadi saja saya bermanja-manja dengan Naim yang mengekori saya sejak daripada saya masuk je pintu rumah tadi.. Dengan kepala yang terasa berdenyut-denyut dan panas sejuk, saya sesaja cakap dengan Naim "Naim, mama sakit la, sian mama"     Korang tahu apa reaksi Naim?     Dia letakkan telapak tangan ke dahi saya dan kemudiannya angkat tangan tu.. Lepas tu, dia pun keluarkan ayat yang cukup best..   "Ha, kan dah kata"   "Siapa suruh main, kan dah sakit?"     Amboi, mentang-mentang bila dia sakit sebab terjatuh, ayat tu yang selalu saya guna, dia guna balik ayat tu kepada saya ye.. anakku, bukan sama sakit sebab jatuh dengan sakit kepala, hai...

Bahaya ada kat mana mana : disamun di tempat parkir

Tetiba saya teringat kes yang berlaku kepada rakan di sekolah saya tiga hari yang lalu. Semoga dengan perkongsian ini boleh kita semua manfaatkan. Hampir 32 tahun kehidupan saya ni, alhamdulillah tak pernah lagi saya alami sendiri kejadian disamun. Walaupun semasa pernah menyewa dengan rakan-rakan semasa belajar dulu, ada sekali rumah sewa kami dimasuki pencuri semasa kami tidur, tapi sekurang-kurangnya kami tak rasa trauma sebab dah sedar kehilangan barang bila bangun tidur. Kelakar pun ada bila difikirkan, macam mana boleh tertidur sampai tak sedar langsung orang masuk ke rumah. Mujur tak diapa-apakan kami.. Berbalik kepada kisah rakan saya ni, perempuan 30an, bujang dan seorang diri pergi membayar bil selepas sesi persekolahan berakhir. Pastinya dah malam, sebab sekolah pun 6.50 pm berakhir, dia pula antara orang yang selalu keluar lewat dari kawasan sekolah. Malang tak berbau. Selepas dia selesaikan urusan, dia pun masuk ke kereta untuk pulang ke rumah. Korang tentu tak sangk...

Boleh ke mendidik sambil mengugut anak?

Dalam entry ini saya ada bagi tahu situasi semasa dua putera comel kesayangan saya.   Saya sebenarnya rasa seronok dan sedikit kerisauan saya berkurang setelah ramai rakan yang memberikan komen positif tentang situasi yang dialami tu. Dalam hati tentulah sentiasa saya berdoa semoga kedua dua adik beradik ni akan ada hubungan yang mesra. Bukan apa, yang korang nyatakan dalam komen tu memang saya sendiri pernah alami.. Demo ni menurun mok dia kot... Korang nak tahu, masa kecil dulu, saya dengan adik saya memang macam anjing dan kucing.. Boleh kata 12 jam sehari bergaduh, kalau hari cuti boleh jadi 18 jam sehari kalau sesuai memang akan bergaduh... Malah, masa saya berumur 5-6 tahun pernah saya dibawa ke klinik pada waktu maghrib kerana luka di kepala disebabkan kena pukul dengan arieal tv oleh adik saya.. Sikit aje lukanya, cuma darahnya banyak, doktor pun gelakkan kami masa tu, ikut cerita ayah sayalah.. jadi korang tahulah situasinya macam mana kan? Kembali kepada tajuk hari ni...

Selipar mama sakit

Image
  Malam tadi kami makan kat luar. Keluar je dari kereta, Naim beberapa kali meminta saya tukar selipar jepun yang dipakai. ada ke patut, dia tak nak bagi saya pakai selipar ni sebabnya dia kata " ni selipar mama sakitlah"... "mama tukarlah".. Kuat betul ingatan Naim ni. Saya pernah pakai selipar ni bulan 8 tahun lepas semasa melahirkan Nazif.. Selepas itu, memang tak pernah saya pakai lagi sehingga malam ni.. Kebetulan malam ni pada mulanya memang agak terasa sakit kepala, jadi saya sengaja tak nak pakai wedges yang biasa dipakai tu.  Si Naim ni tahu ajalah, memang jenis setia orangnya..hihi. istilah positif untuk kanak kanak macam dia yang memang mengecam barang kesayangan dan kebiasaan dipakai.. kalau korang jumpa Naim kat luar, korang agaknya akan gelakkan dia, asyik pakai jeans yang sama.. memang gitu orangnya.. Nampak je kering jeans kegemaran dia, memang dia nak pakai seluar tu.. Jadi, kalau kami pun. pakai barangan ya...