Posts

Kerana Cikgu Rok

Image
Cikgu Rok yang saya nak cerita hari ni ialah guru kaunseling di sekolah yang saya mula bertugas. Sebagai guru baru, saya dan rakan-rakan banyak diberi tunjuk ajar dan bantuan orang guru-guru senior termasuklah Cikgu Rok ni. Korang ingat Cikgu Rok yang namanya muncul dalam blog saya ni macam mana? amik masa teka perwatakan dia dulu sebelum korang sambung baca... Tak nak teka pun tak pe. Memang saya nak ceritakan ni. Sebagai guru baru yang yang mengenali Cikgu Rok ni saya beranggapan dia ni seorang yang garang, tak friendly, payah nak didekati dan rasanya pada waktu tu saya agak segan kalau nak saja  saja tegur dia, tak macam tegur rakan guru yang lain. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Cikgu Rok ni beriya iya ajak saya ke rumahnya untuk diperkenalkan dengan anak buahnya. Kali pertama, berjaya saya tolak pelawaan tersebut. Esh, macam saya ni tak laku pulak, nak kena orang perkenalkan bakal suami, kan? Tapi tak lama lepas tu, Cikgu Rok ni ajak lagi. Adui, pecah kepala fikir al...

Kak Tini, saya dah beli

Image
Hai semua, apa khabar? buat apa hari ni? Saya hari ni bukan ada buat kek pun sebenarnya. Yang dibuat semalam, tiramisu belum habis makan lagi.. saja nak tunjukkan penimbang yang dibeli semalam. Haha, beli penimbang pun nak heboh ye..korang jangan gelakkan saya ye.. mulalah saya terfikir yang bagi sesuatu yang belum pernah kita buat, walaupun benda tu remeh, bagi kita ianya tetap sesuatu pencapaian, kan? Macam saya pernah gelakkan cikgu prasekolah yang mengajar murid tulis nombor 1, 2 dan abc satu muka surat penuh... kira sama kes lah ni.. Bukan apa, selama ni kalau sesuatu yang memerlukan sukatan pasti saya timbang guna tangan aja. Hasilnya ada masanya ok, ada masanya terlembik atau terkeras.. Jadi semalam dengan semangat wajanya, saya beli penimbang kecil ni. Betul kata Kak Tini, rupanya benda ni bukan mahal pun. RM 7.90 je, harganya.. Lepas ni saya dah boleh buat kek selalulah nampaknya...

Baik yang anda fikirkan baiklah jadinya

Image
Cepat sungguh masa berlalu kan? diam diam dah nak habis cuti sekolah ni. Masa seharian berlalu dengan melayan dua Ahmad ni terasa cepatnya. Lega bila tengok kedua duanya tidur lena. Melihat wajah Naim ni, terasa bersalah pula sebab tadi saya ada marah dia kerana berkali kali mengada-ngada. Akhirnya dia datang menghimpit saya, dah minta diusap kepala, tak lama pun dia terlena di tepi kepala saya. Teringat pula kata kata mak saya semasa balik ke kampung hari tu, "macam mana awak sayang anak, ambo pun sayang anak gitulah,"... Alhamdulillah, seronok saya dapat balik kampung walaupun tempoh empat hari terasa singkat sangat. Sekejap sangat macam mandi pun tak basah, terasa hiperbola ni memang sesuai nak menggambarkan pengalaman saya. Namun syukur saya panjatkan kepada Illahi kerana saya dapat jumpa ahli keluarga di kampung dengan semuanya sihat. teringat lagi muka sedih ayah sewaktu kami nak bertolak balik. Terasa bersalah je sebab balik ke kampung cuma empat hari... Tapi apak...

Cuti: Menunaikan hasrat

Image
Hari ni saya bersiaran dari kampung. Seronoknya dapat balik kampung sendiri kan? Sekali sekala balik, bermacam macam perkara yang nak dibuat. Terasa tempoh balik ke kampung 4 hari memang singkat sangat. Apa tidaknya, kalau balik, beberapa hari dah diperuntukkan untuk pergi makan di tempat-tempat yang memang menjadi kewajipan bagi anak beranak kami. Kali ini pula tambah lagi satu tempat makan iaitu di kedai nasi ulam budu. Boleh je suami saya cakap yang sejak kahwin saya tak pernah bawa dia makan kat sana, sedangkan kedai tu selalu masuk dalam rancangan tv. Jadi, kali ni bawalah dia pergi makan kat sana. Dua pinggan besar penuh ulam habis dimakan cicah dengan budu tempoyak. Saya pula kalau balik, masa nilah nak ambil peluang beli barang dapur untuk dibawa balik ke BSP. Rempah kat rumah dah habis, jadi beli banyak banyak kali ni. Masa kerja tak sempat nak ke bank, hari cuti juga lah boleh pergi ke bank. Lalu lalang kat sana sini ternampak macam benda yang berkenan, masa itu jugalah...

My Sayang dah masuk tiga tahun.....

Image
Semalam, sekitar jam 12 malam, kami tiga beranak termasuk Nazif menyanyikan lagu hari jadi untuk Ahmad Naim. Tak sangka cepat masa berlalu..Tiga tahun yang lalu, tarikh 22hb Mac macam ni saya tengah demam panas dan tetiba terpaksa dilakukan pembedahan kerana dikhuatiri membahayakan bayi kat dalam perut, maka dapatlah jumpa Ahmad Naim pada pukul 5.42 petang....keluar awal sikit dari waktu sepatutnya, Naim waktu tu kurus sangat dan nampak gelap.. adik saya pernah cakap yang, tak sangka lepas dua bulan Naim dah jadi bayi yang comel.. haha, adikku, mana mana bayi pun comel.... Wahai anakku Ahmad Naim, semoga dirimu sentiasa sihat. Moga Allah merahmati dirimu selalu. Semoga membesar jadi anak yang soleh, cergas dan pintar ye sayang... semoga dirimu juga sentiasa berjaya... esok dah besar, Naim jaga mama tau...

Tanda-tanda nak mati ke?

Korang pernah dengar tak  yang orang selalu cakap, kalau kita tengok seseorang tu berubah kelakuannya secara tiba-tiba tu tanda-tanda yang dia hampir nak mati.... Sebelum tu, saya nak cerita sikit tentang peristiwa yang baru berlaku semalam. Sebab peristiwa ni jugalah yang buat saya kembali terasa nak menulis. Sebenarnya sebelum ni saya berhajat nak tutup aje blog ni. Memang dah tak minat nak menulis lagi. Suami saya, tetiba je semalam semasa dia tengah sibuk buat kerja tu tetiba je dia panggil saya. Beriya tu sebab nak tunjukkan yang nama anak-anak kitaorang ni nama hebat, katanya. Alasan dia sebab ada blog yang tulis nama anaknya pun sama, iaitu Naim dan Nazif. Saya pada mulanya dah memang tak berapa nak layan. Saya dari jauh dah tegur yang itu blog saya kot,tapi  suami saya ni cakap, " taklah, ni mama diorang nilah yang tulis. Ada orang lain yang anaknya sama dengan nama anak-anak kita",  dengan seriusnya dia jawab. Jadi, saya pun datang dekat sebab nak tengok send...

Otak kosong dan gastrik

Wah, tak best langsung tajuk. Selalunya saya cuba menulis dengan tajuk yang positif dan menarik. (Menarik pada pendapat sayalah). Bukan apa, rasanya tajuk tu cukup sesuai nak menggambarkan situasi saya sekarang. Di sekolah minggu ni minggu ramai guru yang kena cerap. Padahal setiap hari memang 5-7 waktu mengajar, keadaannya ok je. Tapi, kalau dengar khabar akan dicerap, maka bermulalah fasa tak tidur lena, hati tak tenang, otak jadi kosong dan stress hingga saya hari ni sampai dapat gastrik. Ni semua gara-gara semalam diberitahu saya akan dicerap oleh ketua panitia esok. Sebenarnya saya lebih rela tak diberitahu terlalu awal. Ni lah akibatnya kalau dapat tahu awal, risau dan rasa tak tahu apa yang bakal dipersembahkan. Padahal ini bukan kali pertama, hari Selasa yang baru ni sebenarnya saya baru sahaja dicerap oleh Pengetua. Pengetua hanya memaklumkan kepada saya sejam sebelum dia nak masuk ke kelas saya. Memang tertekan juga pada waktu tu, namun tempoh yang singkat untuk ...