Posts

Apa yang perempuan cari pada lelaki

Tetiba nak kupas isu hubungan. Pada yang belum kahwin boleh amik perhatian tentang ni ye. 1. Lelaki yang penyayang  Mula-mula, untuk memilih pasangan perempuan akan cari calon yang penyayang. Perempuan ni kan lembut sifatnya, yang selalu nakkan perhatian daripada pasangannya. Jadi, tunjukkan sifat penyayang dalam diri anda supaya perempuan pilihan anda tertarik. 2. Lelaki yang matang Perempuan juga suka sekiranya lelaki pilihan mereka itu matang. Ini dapat dilihat dalam proses membuat keputusan. Sekiranya lelaki tu dapat membuat keputusan yang baik dengan tenang tanpa bantuan sesiapa, itu lagi baik. 3. Lelaki yang kukuh kewangan Konsep kukuh kewangan ni maksudnya ada pendapatan yang tetap. Mungkin gaji suami lebih rendah daripada isteri tapi si suami tu kenalah pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada isteri. Ini kena ada perbincangan daripada peringkat sebelum kahwin lagi supaya tiada masalah selepas perkahwinan. 4. Lel...

Learn from yesterday

Pengalaman semalam mengajarku supaya berhati-hati, Peristiwa semalam juga mengajarku supaya 'prepare for the worst', Supaya bertolak ansur dengan yang lain, Semalam juga ku tahu sikap manusia, Yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai tujuan, Namun, ku yakin ada hikmahNya kejadian semalam. Ku yakin ibuku yang penyayang sentiasa di sampingku ..

Padah mengantuk ketika memasak

Image
Nak jadi wartawan kejab.. . Nak tulis kisah benar ni tau. Nak berkongsi kejadian yang berlaku kepada rumah kawan yang sama-sama mengawas peperiksaan SPM. Menurut kawan kejadian ni terjadi hari Sabtu yang lalu. Apa yang berlaku ialah salah seorang rakan serumahnya yang pada mulanya merebus 4 ketul ayam telah meninggalkan periuk rebusan itu di atas dapur kerana terlalu mengantuk. Dia yang memasak pada sekitar pukul 8 malam mula menyedari kejadian yang berlaku setelah terjaga pada pukul 5 pagi. Bayangkan 4 ketul ayam yang direbus selama 9 jam? Hasilnya bau busuk  terbakar yang tak dapat nak huraikan macam mana baunya menyelubungi kawasan rumah. Ayam tu? Nasibnya hangus rentung la jawabnya.. daripada 4 ketul dah tinggal dua je. Itu pun dua yang hampir mereput juga. (Tah betul tak guna istilah tu nak terangkan situasinya. ) Kawan saya yang sama-sama menjaga SPM ni sebenarnya tak ada di rumah. Dia cuma balik pada petang semalam. Masih lagi terbau busuk tersebut sehingga k...

Terharu

Assalamualaikum.. Hari ni sebenarnya agak sibuk bagi saya. Pagi-pagi lagi dah keluar sebab hari ni menjadi pengiring ketua pengawas untuk mengambil soalan SPM di bilik kebal. Kena sampai di bilik kebal dalam pukul 7 pagi. Peperiksaan hari ni lak ada sampai petang, jadi habis pukul 3.30. Kemudian kena ikut ketua pengawas lagi, untuk hantar semua jawpan ke bilik kebal sekali lagi dan amik kereta yang ditinggalkan di sana. Bila balik rumah, terus je tengok blog... Wah, terharu dah ada 100 follower... Jumlah yang jauh sikitnya berbanding blog lain, tapi bagi saya dah banyak... Sesuai dengan ayat-ayat di About Me.. Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya ni. Dalam kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan anda.. Nak saya senaraikan semua nama, rasanya memakan masa.. Yang penting saya tahu bila anda baca ni anda tahu saya terharu dengan sokongan anda semua... Menulis kerana minat. Menulis kerana ingin berkongsi ilham. Saya...

Apa, Ahmad Naim nama kampung?

Image
Korang angin tak kalau dengar orang komen nama anak kesayangan buah hati korang 'nama kampung' ? Amboi-amboi sedapnya mulut dia! Walaupun ada air liur meleleh tetap nampak comel kan? Walaupun tak melenting tapi geram juga bila ada orang komen macam tu. Anak saya, suka saya lah nak letak nama ape, kan? Si comel ni nama Ahmad Naim ada sebab. A tu sebab nama papa start dengan A. Kemudian N tu pulak nama mama dia.. Ahmad dipilih sebabnya ialah dalam buku agama dan ceramah agama ada bagitau yang nama anak lelaki seelok-eloknya Ahmad atau Muhammad. Jadi kami pilih Ahmad sebab simple dan bermakna. Lagipun ini info yang saya dengar dari Astro Oasis, yang cakap ni ialah Ustaz Hassan Din...." tugas memberi nama yang baik kepada anak ialah tugas ayah. Dan sekiranya seorang ayah itu ada 3 orang anak lelaki tetapi tiada satu pun yang namanya bermula dengan Muhammad atau Ahmad, seolah-olah ayah gagal dalam melaksanakan tugasan itu(beri nama)". Saya pilih Naim sebab nama ni a...

Gaji wajib dizakat

Image
Semasa mengemaskan beg sekolah tadi, tetiba terjumpa surat ni.... Tahu tak yang k ewajipan berzakat bukan hanya dikenakan ke atas petani serta pemilik ternakan lembu dan kambing tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tetap. Jadi maknanya semua yang bekerjaya perlu membayar zakat sekiranya setelah dikira dia didapati layak. Jadi, adik-adik pun kalau baca ni boleh tambah pengetahuan. Sekarang ni mudah, macam-macam cara boleh bayar. Ini termasuk melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Surat kat atas tu, maknanya saya dah buat pembayaran zakat melalui pemotongan gaji..korang dah ke belum? Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat. Kalau anda dapat surat macam ni, pihak PPZ dah tolong kita kira ikut gaji bulanan kita.. Jadi boleh pilih  sama ada setuju dengan amaun yang diberi. Ataupun nak min...

Wanita Hari Ini

Image
Wanita hari ini ialah wanita yang berani. Wanita hari ini ialah wanita yang boleh berdikari. Tak kurang juga wanita hari ini ialah wanita yang berjaya. Bukan lagi cuma surirumah biasa, namun pelbagai kerjaya telah wanita hari ini cuba. imej : google Wanita hari ini mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Mampu melakukan hampir apa sahaja kerjaya yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki. Malah ada wanita yang yang lebih berjaya daripada lelaki. Tak kurang juga ada wanita yang lebih tinggi daripada lelaki.. Google imej Sekian..