Tarikan baru di Melaka : Upside Down House
Teruja tak korang tengok gambar ni? Nampak real tak gambar ni semua? Saya baru tahu tentang kewujudan rumah terbalik atau The Upside Down House di Melaka ni pagi semalam. Kebetulan masa tu saya mendengar perbualan antara abang ipar dan isterinya yang bermalam di rumah saya tentang tempat ni. Lalu, segera saya mengajak Papa N ke Melaka semata-mata untuk pergi ke tempat ni sahaja. Ingatkan tak jadi mulanya, sebab masa kali pertama saya sebutkan pasa tempat ni, Papa N menjawab dengan nada tinggi. " Ha?" Mulalah buat muka sedih saya ni, tapi sebab ada orang lain di dalam rumah masa tu, saya kononnya nak cover lalu cakap lagi, "Melawak je, tak nak pergi tak pe". Papa N tanya lagi, " bila?" Acuh-acuh saya menjawab lagi," sekaranglah". Maka itulah kisahnya. Sampailah kami ke Melaka dua jam setengah kemudian. Mujur model kecil tu sudi masuk dalam gambar. Saya paling suka gambar yang ni. Nampak ada kisah di dalamnya. ...