Posts

Showing posts with the label puasa ganti

Baru nak insaf

Image
Adoi..insaf akak... dah tak lama nak tiba Ramadan tapi puasa ganti tak buat pun walau sehari...maka hari ni saya mengambil langkah untuk mulakan puasa ganti yang jumlahnya agak-agak lupa. Kejap macam 7 hari, bila pikir lagi macam 8 hari eh ke 6 hari je? Jadi, untuk selamat dan tak tanggung akibatnya di Padang Mahsyar kelak, 10 hari puasa ganti bakal dibuat. Orang cakap elok dilebihkan jumlah harinya, kan? Bagus juga, sekali dengan hari Isnin ni.. semoga lebih keberkatannya. Insya Allah kalau sesuai saya harap habiskan dalam sebulan lebih ni, nak ambil Isnin dan Khamis saja.  Bangun pukul 5 pagi untuk sahur kali pertama ni. Lain kali entah saya akan bangun ke tidak. Menu mudah saya sediakan. Nasi lebih semalam dihangatkan, telur goreng letak sos cili dan kicap, timun sebagai sayurnya, buah limau dan air milo suam. Lepas tu, minum lagi secawan air kosong, untuk hilangkan dahaga sepanjang hari nanti.  Korang mesti dah habis ganti puasa kan? kalau ada yang bel...