Posts

Showing posts with the label pengalaman anak mula sekolah

Januari 2017

Image
Assalamualaikum. Dah hampir habis bulan Januari 2017 ni, tetiba terasa nak menulis sesuatu, kot kalau dah tak berapa ingat kejadian masa muda hari nanti, bolehla jenguk blog untuk mengimbas apa yang pernah ditulis. Awal tahun ni pastilah yang menjadi tumpuan ialah Encik dalam gambar di atas ni. Kemain seronok dia kerana dapat masuk ke tahun satu. Sebulan berlalu, mama dah rasa biasa aktif seawal pukul 5.30 pagi. Mujur Encik ni pun tak kisah kena bangun seawal 5.50 pagi. Mama jelah yang terlebih emo dalam masa seminggu pertama bila melihat anak naik van untuk ke sekolah pada pukul 6.15 pagi. Balik pulak dah pukul 6.45 petang paling awal. Keluar masa masih gelap dan balik ke rumah pun dah gelap. Tak apalah ye nak. Alah bisa tegal biasa ye anakku.. kalau tak susah dahulu macam mana nak senang kemudian, Kan? Dua Encik ni pun alhamdulillah, baik-baik juga. Sejak sesi persekolahan ni, macam diorang tahu je kalutnya mama, tak banyak karenah diorang. Kecuali sekali sekala Encik kecil...

Mula mengalami

Image
Ikutkan saya, dah 7 kali melihat proses orientasi untuk murid. Boleh lihat pelbagai ragam masa tu. Mak ayah ataupun murid sendiri, macam-macamlah kelakuan diorang yang ada masanya sebagai pemerhati, saya tersenyum sendiri. Sebab tu ada pepatah melayu, " Berat mat memandang, berat lagi bahu memikul" , memang sesuai nak gambarkan pengalaman yang ada. Bila sebagai pemerhati atau guru, saya tak rasa susahnya nak pujuk anak menyesuaikan diri dengan sekolah. Saya juga tak rasa tertekan nak yakinkan anak bahawa itulah tempat terbaik yang kami dah pilih untuk pendidikan diorang. Guru terima je murid, dan murid ni ada sebilangan kecil je yang buat hal. Selebihnya yang lain bila mak ayah diorang dah jauh, elok sahaja mendengar arahan kami. Semalam, 1.1.2014, hantar Naim ke tadika untuk hari pertama, agak mencabar juga. Naim tak nak masuk ke kelas mulanya tu. Telah dipujuk oleh cikgunya pun dia tetap menolak, jadi terpaksalah Papa N sama-sama jadi pelajar. Papanya temankan Nai...