Cara daftar kad Touch N Go
Di musim bertugas mengawas peperiksaan ni baru nak ambil berat pasal isu tuntutan perjalanan dan tol. Tahun ni pula mewajibkan petugas tuntut secara berkelompok, maksudnya semua kena isi borang dan kalau kita tak nak duit tu, kena isi juga borang, iaitu borang menolak bayaran. Dah alang-alang gitu, apa lagi tuntut jelah ye.. ada juga duit tambahan, boleh buat makan-makan atau beli sesuatu sebagai tanda kerja yang dibuat pada tahun 2015. Biasanya saya memang ada buat tuntutan pun, tapi untuk kos tol ada masa saya tak tuntut, sebab asyik terlupa nak masuk ke lorong tunai. Otak ni dah set apa kena lalu sebab dah gitu rutin harian agaknya. Jadi tahun ni, bila dah disyorkan oleh seseorang akan cara untuk buat tuntutan bayaran tol, jadi legalah saya. Apa yang perlu kita buat ialah daftarkan kada touch n go kita dahulu, supaya selepas tu walau kita guna lorong touch n go atau smartag, kita masih boleh buat tuntutan dengan hanya mencetak resit bayaran tol yang pernah kita lalu. Mula-mula...