Posts

Showing posts with the label mengajar anak kenal warna

Mengajar Naim mengira

Image
Mama tolong buatkan azam tahun baru untuk Naim. Tahu apa azam tu? No more ipad and tab.. haha.. ingat mudah? Agak susah sebenarnya. Banyak perkara kami buat untuk buat Naim lupakan ipad. Antaranya saya pujuk Naim bermain dengan permainan yang berinfomasi. Kononnya nak merangsang minda Naim dan Nazif sekali. Bila dapat tahu banyak mainan murah dijual di MR D.I.Y, saya ajak kawan, Nisaq pergi ke 19 Mall. Pelaburan RM 35 dapat pelbagai mainan. Mulalah saya bandingkan mainan Naim sebelum ni, beli kereta Mc Queen yang mahal lagi pun  boleh, yang ni murah je.. patutnya dari awal kami dah beli mainan yang macam ni. Taklah anak cuma dapat seronok sahaja, sebaliknya ada juga belajar sesuatu. Saya bagi Naim main sikit demi sikit mainan yang dibeli ni. Mulanya saya bagi Naim main dengan kayu ais krim berwarna warni ni. Saya suruh dia pilih kayu-kayu ni ikut warna yang sama. Ada banyak lagi warna sebenarnya tapi Naim tak berapa minat nampaknya. Dia pilih yang ni je, lepas tu terus lari...