Posts

Showing posts with the label Tanah Suci

Hari Sabtu kami

Image
Sabtu datang lagi. Korang pergi mana, buat apa hari ni? Hari ni, saya bangun awal sebab kena menghadiri satu kursus di Bandar Kinrara. Mengantuk betul semasa hadiri kursus ni tadi. Penceramahnya pula agak tak menyenangkan hati. Sabar ajelah.. Demi kerja, kenalah tempuh juga. Balik rumah jugalah saat yang paling menggembirakan hati. Dapatlah merehatkan badan yang letih ni. Tambahan lagi, masa saya sampai tadi, Nazif tengah tidur, saya pun ambil peluang nak baring juga! Syoknya.                                     Lewat petang pula kami ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kak Ngah dan suami malam ni akan berangkat untuk mengerjakan haji, jadi kami pergilah untuk menghantar. Lagipun bukan jauh pun BSP ke Kelana Jaya. Pada masa yang sama juga, Kak Ja saya turut datang sama. Dia bawa sekali anak Kak Ngah yang belajar di Kampung Pandan, Mohd Amin. Nampak rileks je Amin ni tadi, p...

Semoga dipanggil ke sana

Image
Seronok betul saya membaca pengalaman akak C'Jai semasa berada di Arafah beberapa tahun yang lalu. Seronok sampai dalam otak ni dah merancang kalau saya dipanggil berkunjung ke sana apa yang patut dilakukan dengan anak-anak kesayangan saya ni.. Memang sebelum ni pun, kalau mendengar sesiapa yang bercerita tentang pengalaman mengerjakan haji, hati ini memang terasa seronok. Tambah-tambah lagi sejak kebelakangan ini ramai antara ahli keluarga terdekat yang berkunjung ke sana. Tadi seronok sangat saya membaca penulisan C'Jai ni di smartphone saya, sambil bersandar di sofa. Tak sangka dan tak sedar langsung Naim sedang main balm adik Nazif yang baru seminggu guna. Padahal saya memang terbau balm tersebut, cuma muka dan minda asyik fokus kepada skrin handphone sahaja. Tetiba suami yang sedang bergerak turun dari tingkat atas menegur perbuatan Naim barulah saya menyedari apa yang sedang dilakukan oleh Naim. Balm ni beli semata-mata nak kurangkan selsema dan batuk Nazif.. Naim lak...