Posts

Showing posts with the label Motivasi

Aturan Allah sememangnya cantik

Image
Alhamdulilah masih lagi kita dapat menghirup udara yang segar di bumi Allah ini. Sedar atau tidak aturan Allah untuk setiap umatnya sangat cantik. Ada yang sedang mencari pekerjaan yang terbaik mungkin mengatakan kenapa dirinya mendapat nasib kurang baik berbanding dengan orang lain? Ada yang dah dapat kerja tapi tak suka dengan kerjanya mungkin berfikir nak berhenti kerja. Ada yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin mengeluh kerisauan bila melihat anak-anak orang lain. Ada yang menanggung sakit mungkin meluahkan kenapa dirinya diuji sebegitu rupa. Ada yang belum diiktiraf cemerang mungkin bertanya kenapa jasanya tak dikenang. Macam-macam keluhan... Tapi mungkin kita tak sedar yang Kekaburan Ketidakjelasan Samar-samar Semuanya ialah dugaan dan aturan Allah kepada kita. Kalau kita redha dan yakin kepadaNya, janji Allah pasti .....

Solat dengan anak kecil

Image
Dah lama saya terfikir nak buat entry ni, memandangkan di bulan puasa hari tu banyak kali saya tengok suami saya solat asar lewat petang. Semuanya kerana menunggu saya balik dari sekolah, yang ada masanya kalau jalan sesak, saya sampai ke rumah pada pukul 6.20 petang. Alasan Papa N adalah kerana khuatir anak-anak mengalami apa-apa jika dibiarkan sendirian semasa dia solat. Masalah ni juga berlaku pada saya. Tahu sahajalah, cikgu banyak cuti, suami pula tak macam saya. Bukannya pula saya ada pembantu rumah. Walaupun taska anak-anak dibayar penuh namun untuk menghantar anak ke taska sedangkan saya sedang bercuti, bukanlah pilihan saya. Tak sedap hati rasanya kalau macam tu. Anak-anak saya pula memang jenis yang aktif. Sama dengan mamanya ni. Mungkin bagi korang yang tak berada di situasi ni perkara ni taklah merisaukan korang. Namun saya percaya ada juga sebilangan ibu bapa yang mungkin ada masalah yang sama. Jadi, mungkin sedikit sebanyak entry ni akan membantu. Tengok sahaja...

Jom jadi wanita paling bahagia

Image
Kalaulah setiap hari pun hari Jumaat kan best? Memang dasar pemalas, kan? Saya lah tu.. Hari Jumaat menjelang, rasa seronok je sebab esok dan lusa akan cuti.. Tak kisahlah kalau hari Sabtu esok ni saya kena menghadiri pertandingan kawad kaki dan kena masuk mesyuarat PIBG. Yang penting dapat cuti daripada menghadap budak nakal. Ni mood lepas terselamat daripada naik gila disebabkan kelas terakhir yang macam hantu je penghuninya petang semalam.. Kebetulan tadi saya ternampak buku motivasi yang saya beli masa cuti hari tu...tak sempat baca semua lagi, tapi antara kata-kata menarik yang boleh dipetik daripada buku ini, saya tuliskan di sini.. jom kita manfaatkan bersama.. Keindahan hidup dapat dinikmati oleh orang beriman. Manakala akhirat jadi keutamaan bagi orang yang bertakwa. Mereka itulah yang paling bahagia.. Jadikanlah sesuatu yang merugikan menjadi sesuatu yang menguntungkan Kata orang, hidup itu sememangnya sukar dan membuat wajah menjadi murung. Aku katak...