Posts

Showing posts with the label Maulidur Rasul 1435H

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor 1435H

Image
Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul untuk semua.. Kembali bekerja ya kita, hari ni. Ada yang masih bercuti hari ni, jelesnya saya..Cuti panjang tu Acik Erna. Hari ni saya pula berada di sekolah dari 7.30 pagi ke 7 petang nanti.. Dah mula aktiviti kokurikulum memang macam ginilah nampaknya.. Nak ceritakan kisah semalam. Buat kali pertama saya sertai rombongan sekolah kami ke sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor. Alhamdulillah, tahun keempat di Selangor ni, semalam dapatlah juga menyertai sambutan ni. Kontingen sekolah kami, semua jejaka kacak. Gigih para peserta ni, keluar awal dan bersolat subuh di sekolah, dibawa dengan bas dan  berada di Stadium Mini Malawati sejak pukul 7.10 pagi. Masa berkumpul di Stadium Mini pun dah terasa cukup meriah. Saya yang kali pertama sertai sambutan macam ni, kagum betul dengan pakaian dan perhiasan kontingen lain. Lagi-lagi kontingen jabatan kerajaan, memang kelihatan meriah dan seragam pakaian diorang.. Sua...