Hari Sabtu kami
Sabtu datang lagi. Korang pergi mana, buat apa hari ni? Hari ni, saya bangun awal sebab kena menghadiri satu kursus di Bandar Kinrara. Mengantuk betul semasa hadiri kursus ni tadi. Penceramahnya pula agak tak menyenangkan hati. Sabar ajelah.. Demi kerja, kenalah tempuh juga. Balik rumah jugalah saat yang paling menggembirakan hati. Dapatlah merehatkan badan yang letih ni. Tambahan lagi, masa saya sampai tadi, Nazif tengah tidur, saya pun ambil peluang nak baring juga! Syoknya. Lewat petang pula kami ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kak Ngah dan suami malam ni akan berangkat untuk mengerjakan haji, jadi kami pergilah untuk menghantar. Lagipun bukan jauh pun BSP ke Kelana Jaya. Pada masa yang sama juga, Kak Ja saya turut datang sama. Dia bawa sekali anak Kak Ngah yang belajar di Kampung Pandan, Mohd Amin. Nampak rileks je Amin ni tadi, p...