Mulakan sesi 2022 dengan perpindahan
Berbelah bahagi rasanya mendapat surat arahan pindah walaupun sememangnya saya yang membuat permohonan kononnya nak bertukar angin setelah 11 tahun lebih berkhidmat di sekolah yang sama. Kawan-kawan kat sini baik belaka. Persekitaran sini pun sebenarnya dah selesa dan memang dah faham macam mana keadaannya.. Paling sedih ialah nak tinggalkan kawan sebelah meja saya yang sangat tak kisah menjadi pendengar yang baik selama ni. Namun, rasanya inilah takdir Allah yang telah disediakan yang terbaik buat saya untuk tahun 2022 dan seterusnya. Orang kata tuah manusia siapa yang tahu kan? Kita doa yang baik-baik sahaja untuk sekolah yang ketiga ni. Semoga semua yang membaca entry ini juga diberikan kemudahan dalam semua perkara yang diusahakan.