Posts

Showing posts from September, 2020

Early birthday celebration

Image
 Assalamualaikum semua. Penulisan kali ni bersempena sambutan hari jadi si bongsu kesayangan kami. Dah 4 tahun 2020 ni, patut dah banyak sangat perkembangan si dia ni. Dah faham sangat apa yang berlaku. Kejap je rasanya anak-anak membesar. Haha, ya kan? dah boleh suruh banyak perkara dah sekarang si budak comel ni. Walaupun masa usia diorang setahun dua tu rasa letih penat dan lain-lain, sampai rasa jadi mak lampir kadang-kadang tapi bila masa dah berlalu ni  semuanya okje. Dah tak rasa apa dah. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah dah berikan ini. Alhamdulillah juga tahun 2020 ini walaupun dunia diancam penyakit bahaya, famili kami bebas dari hospital. Alhamdulillah. hikmah daripada kurang keluar jika tak perlu, pakai pelitup muka dan pembasmi kuman ni. Jika diimbas balik pengalaman membesarkan anak-anak setakat ni, hampir setiap tahun ada je kes yang kena warded. Kes sawanlah, demam tinggilah, ezema lah, lung infectionlah dan lain-lain. Terutamanya si birthday boy ni, 3 kali...