Posts

Showing posts from August, 2019

Lunch date biru putih sempena birthday Ogos

Image
Bulan Ogos ni nampaknya bulan yang super busy. Terasa sangat beban kerja yang menimbun.  Tak abis satu dah datang lagi satu kerja yang nak kena buat.  Lagi-lagi minggu ni,  saya dah dua malam tidur 2-3 jam sahaja.  Memang tu sebab dah tak larat sangat.   Namun dalam kesibukan yang ada, sempat lagi rakan-rakan sekerja buat plan makan-makan sempena birthday bulan Ogos.  Alhamdulillah ramai yang dapat luangkan masa untuk ke lunch date ni.  Tak jauh pun tempatnya,  kawasan sekitar sekolah kami je.. Siap baju dan skirt bertema biru putih lagi. Lawa jugakan tema ni?   Tak sangka hilang sekejap susah hati kerja banyak bila datang makan beramai-ramai ni.  Geng mak mak ni kecohnya kemain bila jumpa geng. Satu demi satu gaya kena buat untuk gambar kenangan.   Kalau bawa anak,  pasti xde posing ni..   So,  inilah birthday girls untuk Ogos...  Syukur ada rakan-rakan yang baik dan...

Jadi ibu memang kena banyak sabar

Image
Dengan tiga orang anak lelaki ni,  memang rasa dugaan banyak.  Semestinya semuanya jenis aktif,  lasak dan tak duduk diam.  Saya memang faham dan dah biasa dengan karenah budak bertiga ni.. Orang mungkin lihat karenah dalam gambar ni semua sebagai nakal kot.  Tapi saya tengok biasa je.  Nampak anak-anak ni membesar aktif dan gembira. Yes..  Doa kepada Allah lagi penting..  Doa ibu semoga anak-anak membesar sihat,  berjaya,  beriman dan mengamalkan kelakuan baik serta berjasa kepada keluarga dan orang sekitarnya.