Posts

Showing posts from April, 2016

Sejenis jakun

Image
Kemain lama tak masuk ke Tesco, saya tak tahu pula dah ada mesin canggih untuk membayar barang yang dibeli. Huh, kemain canggih ye sekarang. Ampun maaf, terkulat-kulat nak guna mesin ni buat kali pertama tadi. Rupanya mudah aje cara gunanya. 1. Scan kod bar 2. Letak barang yang dah discan ke atas penimbang. 3. Scan barang seterusnya dan ulang letak barang di atas penimbang. 4. Dah selesaj scan, tekan butang proses dan bayar . 5. Masukkan duit mengikut amaun tertera dan terima baki jika ada. 6. Ambil resit. Ini ha, mesinnya. Jika reti baca, retilah guna mesin ni. Kalau malas juga, beraturla ramai-ramai macam biasa. Itu aje kisah jakun tengah hari tadi. 

2 orang, 2 pesen, apa lagi kalau 40 orang

Image
Teringat perjumpaan dengan ibu bapa pada minggu lepas, rasa lega sangat sebab ibu bapa yang datang tahun ni semuanya baik belaka. Haha, baik tu maksudnya tiada la berlaku perkara yang luar dugaan. Alhamdulillah lega sangat. Ibu bapa murid-murid kelas saya tahun ni nampak semuanya sangat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan anak-anak mereka. Ayat yang paling saya suka ialah, " Yelah, kita jaga anak sendiri dua orang dah dua ragam kita hadapi, kadang-kadang pening jugak, apa lagi cikgu yang jaga 40 orang murid ". Caption awak memang win la encik..sangat memahami, patutla berjaya sebagai bos besar!!  Merendah diri pulak tu, bila saya tegur yang encik tu lagi hebat sebab menjaga staf yang ramai, dia jawab yang dia pekerja biasa je.. jadi saya senyum jela. Tak nakla ingatkan dia jumlah pendapatan yang dia isi dalam borang maklumat murid tu sebagai Manager berapa banyaknya. Pengajaran yang saya ambil sepanjang 9 tahun ni, peranan ibu bapa sangatla penting dalam membentu...

Ikan Jade Perch

Image
Assalamualaikum semua. Musim panas ni buat saya jadi malas. Haha.. macamla biasanya rajin sangat. Tapi kalau bab malas menulis di blog ni agaknya dah kena kuburkan blog yang nak hampir 5 tahun usianya ni, ke? Biarla masa yang menentukan. Tak ada kena mengena dengan fenomena el nino ni. Bercakap pasal malas, balik kerja dah magrib tu, rasa malas nak masak. Nak pergi makan kat luar pun rasa malas juga. Abisnya, penyelesaian untuk elakkan tak boleh tidur malam, maka masaklah nasi dengan lauk mudah. Ikan Jade Perch ni dibakar dalam kuali tak melekat sambil sebelah lagi kualinya buat goreng ayam untuk anak-anak. Papa N bertanya juga kenapa tak berkuah, saya jawab " Siramlah kicap cili ni banyak sikit, jadi kauh juga tu". Haha, bertuah punya bini kan? Tapi rasanya kalau suami redha je makan gitu menu, dia pun pasti malas juga nak keluar beli apa-apa lauk tambahan. Jadi, abis cerita. Senang cuci pinggan dan kuali bila masak mudah. Perut kenyang juga jadi nak tidur malam tak ada ma...