Posts

Showing posts from March, 2016

Hitung nikmat yang masih kita ada

Image
Daripada mengeluh mengenangkan apa yang kita tidak ada, yang terlepas atau tak kesampaian, meh kita sesama insaf dan berhijrah ke arah mensyukuri apa yang masih kita ada. Pernah dengar kisah Nabi Musa dengan dua orang yang ditemui baginda masa dalam perjalanan ke sebuah bukit? Ha, kisah tu, wajar kita contohi sikap pemuda yang kaya tapi sentiasa dalam kesyukuran   walau apa juga yang dibuatnya tu. Patutla Allah permudahkan hidup pemuda itu kan? Allah memang Maha Adil. # contoh berkaitan: Saya pun bersyukur masih lagi mampu makan nasi kerabu walaupun tanpa budu dan cili jantan. Apa nak buat dulu makan budu ok je, sekarang dah mula jadi alahan naik ulser dalam mulut bila makan budu. Kalau makan cili jantan(sambal cili versi kelantan yang diletak cuka) perut pula mula meragam. Dah makin berusia gaknya.. Allah tarik nikmat sikit demi sikit.. Terima kasih kepada Sam yang jauh merantau di Aussie sana yang bertanya khabar pasal Kak Long saya.. Alhamdulillah dah beransur baik. ...

Family comes first

Image
Kita tak perlukan simpanan yang banyak, cuti khas atau baju yang mahal untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga. Jangan katakan anda tak ada 1 juta, anda ni orang susah sehingga menggunakan alasan menjimatkan sumber yang ada untuk meluangkan masa demi ahli keluarga. Jangan katakan anda payah nak dapat cuti, assignment banyak, atau mengejar due date sebagainya sebagai alasan tak nak menghadiri aktiviti keluarga. Ingatla hidup bukan untuk selamanya. Apa yang di dunia pasti akan kita tinggalkan juga! Percutian kami.. seminggu bersama keluarga besar  kami. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah kurniakan..