2 juta rakyat Malaysia berisiko hidap diabetes
Berakhir sudah hari karnival sekolah. Penatnya tak leh nak cakap. Dengan cuaca panas dan tak berangin tadi, saya asyik tengok jam aje.. Jam kul 3.15 ptg, terus mula kemas gerai. Barangan ada yang tak habis walaupun banyak dah yang dijual pada harga lelong sebelum tu.. Tadi terbaca artikel di utusan online...saya tertarik dengan kajian 2 juta rakyat Malaysia berisiko hidap diabetes... Memang ye pun, kan? Kalu kita tengok memang masyarakat kita sekarang gemar makanan yang menyumbang risiko diabetes... "Kementerian mendapati bahawa 6.2 juta rakyat negara ini kini mengalami lebihan kolestrol, 2.5 juta menghidapi obesiti dan 5.8 juta berhadapan tekanan jiwa," katanya. - BERNAMA Tengok aje lah masa karnival tadi.. rata-rata yang datang lebih banyak memilih makanan yang kurang sihat.. kita sebagai penjual pun dalam dilema nak jual yang tak berapa sihat tapi untung banyak ke jual makanan sihat walaupun tak banyak untung ?