Persahabatan

6Petang ni seronok nampaknya anakanda Naim. Sebabnya Naim dapat main kat luar dengan anak-anak jiran. Kebetulan ada anak jiran yang umur sebaya Naim tadi. Tak main lama pun sebenarnya sebab dah nak maghrib masa saya sampai tu. Kebetulan ada hal nak berbincang dengan jiran, jadi saya ikut serta perbincangan santai jiran-jiran yang bertempat di depan rumah diorang tu. Naim pun ikut sekali.

Masa cuti sekolah hari tu, Naim banyak kali mengadu yang anak jiran yang lebih besar, bersekolah menengah dan bersekolah rendah enggan berkawan dengan dia. Abang-abang tu sekali sekala jumpa, pastilah tak nak berkawan dengan dia.

Hari ni dia nampak gembira, legalah hati saya. Masa cuti hari tu, puas saya memujuk Naim, masa dia bersedih kerana abang-abang tak nak berkawan dengan dia. Entah macam mana nak terangkan kepada budak seusia 4 tahun ni yang bukan semua orang akan berkawan dengan kita. Kita tak boleh paksa orang sukakan kita. Akhirnya, saya jelah yang kejar Naim ke sana sini sebab nak puaskan hati Naim nak bermain dengan seseorang. Harapnya bila adik dah makin besar, Naim dan Nazif dapatlah main sama-sama.

Comments

  1. alah sedih pulak..kesian naim..tu lah..mama kena tambah baby lagi lah..hehe..

    ReplyDelete
  2. tu le masalah budak2 skrang kang aisy.... yg besar tak mo kawan yg kecik ...yg kecik plak sedeh takde kawan heheheeh...mcm2 hal budak2 ni kan ...seronok naim dpt lepas gian main ngan kawan yeak...lepas ni kene plan baik2 aisy supaya dieorg boleh main lama sikit kan....sonok laa naim dpt bersosial ngan rakan sebaya die....

    ReplyDelete
  3. naim belum tahu tu abang2 besar kena kawan dgn abg2 besar jugak tu...kesian naim ye,xpe kawan dgn mama dulu ye

    ReplyDelete
  4. Sian dia.. Nk berkawan . Dah mula suka bergaul.

    ReplyDelete
  5. Tu la AN...kena tambah baby lg la tu!hiii...

    ReplyDelete
  6. Tunggu dua, tiga tahun lagi bila Nazif dah boleh jadi teman bermain yang baik. Hilanglah rasa sedih Naim takda orang nak berkawan dengannya. Anak-anak saya pulak kawan-kawannya semua jauh lebih besar dan lebih tua kerana tak ramai budak-budak sebaya di kawasan kami tinggal.

    ReplyDelete
  7. biasa la budak2 besar mana nak kawna ngan budak2 kecik. kannnn selalu nampak kat isni pun.

    ReplyDelete
  8. budak besar manalah nak geng dengan budak kecik..kesian naim..susah juga ye nak terangkan kat dia..macam aiman setiap petang ke playground..tp klu takde kawan kt taman dia mesti balik rumah..:)

    ReplyDelete
  9. Alolo siannya...terasalah pulak....Naim cepat cepat besar nanti bukan abang abang yg tingkatan je tu nak kawan ngan Naim tau....ramai aweks awek pun berebut nak kawan hehe....
    Naimkan encem hehe....

    ReplyDelete
  10. Dah pandai nak berkawan dan bergaul tu memang dah besar dah tu...

    ReplyDelete
  11. tak lama naim akan dpt banyak kwn tp kena pandai juga pilih kwn.. kwn dgn nazif jelah, hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?