My A.B.G

Hasrat di hati hari ni nak betul-betul pulun menanda kertas soalan. Tak nak menulis di blog. Tak nak BW. Tapi, ada tapi, kalau tak tak dapat korang baca apa yang bakal saya tulis ni. Tapi, mula rasa pen dipegang tak kemas, tulisan nampak dua dan mula rasa menguap tu, tak dayalah nak teruskan lagi.

Teringat kepada A.B.G. atau lebih tepat lagi Ahmad Kecik. Semakin pandai bercakap kebelakangan ni. Dalam usia nak dua tahun Ogos nanti, dah banyak perkataan dua patah atau tiga patah yang tahu disebut dengan tepat oleh Mr A.B.G ni. Sekali gus dia pandai sebut dua patah dan tiga patah perkataan ni. Dulu rasanya dia sebut perkataan terakhir yang didengar je, kiranya sebut satu-satu.

Sebelum tu, nama gelaran Nazif kebelakangan ni ialah A.B.G, sebabnya Nazif suka sangat sebut, tengok, nyanyi dan bergelak ketawa dengan lagu ABC. Dah diajar sebut abc pun dia nak juga sebut a.b.g. Dalam tidur pun, pernah dia mengigau sebut a.b.g, sambil matanya pejam. Kira peminat sangatlah tu. Malah 26 huruf tu, ada masanya memang dia tahu sebut ikut urutan dan hanya beberapa saja yang dia salah bunyikan. Naik tangga atau turun tangga je pasti nak kira satu dua tiga dan one two three.. Opahnya kata, Nazif ni macam Abang juga, pandai cakap awal. Awal ke kalau bercakap sebelum usia dua tahun? entahlahla, anak baru dua, memang tak banyak pengalaman saya ni.

Kalau nak bergambar, setakat ni Nazif nampaknya jenis suka pada kamera lagi. Disuruh senyum, pasti macam ni jadinya. Mata terpejam rapat, giginya nampak dan muka berkerut.. tangan tu ada cubaan nak buat peace..

Ini baru betul 1 Malaysia. Mama suruh buat peace, dia tunjuk jari macam tu. Tak senyum tu sebab tak disuruh senyum. Sebab tu boleh nampak matanya yang bulat, mata orang Perak, kata Kak Long saya. Belah Kelantan tak mata macam itu. 

Ini semalam. Masa menunggu kedatangan Uncle IP, Mr A.B.G ni bergelak ketawa sambil minum di restoran. 

Ok..mood dah baik, mata dah segar, jom kita sambung kerja. Kalau ada rezeki esok boleh jalan-jalan. Kalau tak lepak saja kat rumah..

Comments

  1. Hehehe... itu kisahnya. Penat menanda rupanya.... Saya kadangkala confused dok fikir si Mr ABG ni sebaya Adik ke, tua setahun ke ataupun muda setahun. Oh, Nazif baru nak masuk dua tahun ya...Adik Cute baru dua tahun setengah...

    Seronokkan bila tengok keletah anak-anak ni. Kadang-kadang memang kelakar, kadangkala tu memang mendidih je darah tinggi nih :) So, esok mana nak pergi ni AN... sampai la ni saya tak tahu mana nak tuju nih...tak mahulah tidur berdengkuran di siang hari kat rumah esok :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dah tetap ke nak gi ke mana esok?

      Memang pun, ada masa gelak dgn apa diorang buat, ada masa lain rasa nak cabut rambut sendiri pun ada..

      Delete
  2. "Abg"..... shortform utk Abang. Jangan2 dia berangan nak jadi Abang kot?. Ooo nak mintak adik la tu!. Mama ni!!. Buat2 tak phm pulak. Kekeke..

    Cute la muka dia, wat cam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai je translate bahasa Nazif ni ya.. mana ada nak jadi abang, si Nazif ni asyik nak dukung dan tak leh berenggang dengan mama langsung.

      Delete
  3. Hai Mr A B G minum apa tu.... senyum sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air teh o je.. mmg Mr A.b.g ikut mood juga kalau nak senyum.

      Delete
  4. Kira awl la tu bercakap. Anak LM yg nmbr dua tu dua thn pun takmo cakap dulu. Dia ckp nak, mi(ummi) , shu( susu). Tp bila tny mana A? Mana O .. Smua dia kenal. Dia belajar dlm diam tp x sebut. Risau sgt masa tu. skrg ni x henti bercakap la pulak

    ReplyDelete
  5. kira cepat juga AN klu baru nk masuk dua tahun dh petah bercakap..klu mesra kamera macam mr a.b.g seronoklah dpt abadikan byk gambar comel dia kt blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah petah lagi. Sikit2 je baru. Tapi dah ada 2 patah dan 3 patah yang dia cakap sekali..

      Delete
  6. sama la dgn ijat!!!
    trying hard utk buat peace (ikut kakak-kakak) time amik gambo :-)

    ReplyDelete
  7. Hei......adey manis mana boleh sombong dgn blog nanti ramai yg rindu hehe...
    Nampak ......dah kena vitamin blog terus mata tak loklak lagi nak menanda buku...see...see...
    Ohhh ABG tu pasal menyebut ABC.....ingatkan nak jadi abg dah .....sudah ada tambi dalam itu perut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. siapa la kita.. ada ke yang rindu? Itula, kalau berblog je segar mata tak macam masa menanda.. ai, apa nak jadi.m

      Aik, Mak Jilap ni. Jangan doakan tambi lagi. Belum tau. Kalau ada plan lain pun, harapnya kakak la pulak.. hihi..

      Delete
  8. nazif ni mesti kelakar orgnyer..twngok tu gaya dia bergambar..aloloh comey..

    ReplyDelete
  9. kacukan perak dan kelantan ea :)

    ReplyDelete
  10. comelnya dia senyum..budak-budak sekarang nikan pandai-pandai..kalau depan kamera macam-macam ragam..salam perkenalan sis

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts