Dah besar rupanya anakku

Semalam ada kawan tunjukkan kasut bergambar Mc Queen, tiga pilihan warna. Saya terus berkenan. Bukan untuk saya, tapi untuk anakanda yang memang peminat setia Mc Queen ni.

Kawan tu siap pesan supaya ukur kaki anak untuk tentukan saiznya. Saya cari tali ukur tak jumpa. Rasa macam pernah beli tapi entah kat mana simpannya. Jadi, alternatifnya, saya ambil pensel dalam beg saya, panggil Naim datang dan letakkan pensel di tapak kaki dia.

Kelakar teknik mengukur tu kan? Tapi, masa ukur tu, terkejut saya. Saya rasa pensel tu panjang. Tapi, bila bandingkan dengan kaki Naim, sikit je lagi kaki Naim nak sama panjang dengan pensel tu. Alahai,  cepatnya anak ni membesar. Tak perasan mak kamu. Bila ada adik ni, macam banyak bagi tumpuan kepada adik. Teringat lagi, masa dalam pantang, ukuran kaki Naim cuma sepanjang jari telunjuk saya. Kat mana ya gambar jari saya mengukur kepanjangan kaki Naim masa tu?

Comments

  1. begitulah anak2...tanpa kita sedar mereka bkn kanak2 lagi..diusia senja kita kelak,kita hanya mampu tersenyum sendiri mengenangkan telatah anak2 semasa kecil..

    ReplyDelete
  2. Apalah kamu ni AN,entah2 si naim tu dah ada girlpren pun maknya xtau ni!!!hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Yeke kak? Kena tanya juga ke? Alah, makan pun mama suap lagi, takkan ada girlfriend .. hihi

      Delete
  3. rasa mcm xnk bg anak bsr hehe..xpuas nk cium2 dia...

    ReplyDelete
  4. Okje ingat lagi masa kecik dulu...arwah abah selalu guna tali rapia nak ukur kaki AN...yelah mana ada keta ke moto kan so itulah caranya.... Guna pensil pun ok sangat dah tu hehe.. bukan ke cara tu ada dlm buku teks hehe....
    Anak anak mmg cepat membesarkan...tak perasan rasanya jerit perit kita membesarkannya...
    Naim mmg abang sulung yang bagus!

    ReplyDelete
  5. hehehe lieya pun ukur pakai tali.....

    tu le aisy makin lame kite yg tak sangka dah besar gitu kan.... skrang tak berani dah nak ukur2 pakai tali kene bawak tuan punye kaki sendiri sbb selain dah panjang, dah kembang gak haahahahaha....

    ReplyDelete
  6. Kan.
    Gitulah khidupan sehari y kt lalui.. tnpa sedar.. ank makin mbesar..

    ReplyDelete
  7. Kadang tu dengan kesibukan seharian kita yang membuatkan kita tak sedar anak kita dah membesar....

    Pada hal proses tumbesaran mereka normal jer...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Cepat sangat masa berlalu..rindu zaman2 baby mereka.. :)

    ReplyDelete
  9. Tak guna lidi penyapu ke, AN? Hehehe...

    Masa tu yang mencemburui kita dengan anak-anak. Zaman ni memang terasa betullah betapa cepatnya masa berlalu. Saya suka tengok wajah anak-anak bila sedang nyenyak tidur. Terasa betapa cepatnya mereka membesar. Nak ditahan-tahan masa jangan terlalu cepat berlalu, tak boleh pulak kan :(

    ReplyDelete
  10. Kejap kan anak2 kita besar?
    Kalau anak perempuan, sedar2 dah boleh kongsi kasut yg sama…. hihihi

    ReplyDelete
  11. Pejam celik.. pejam celik lama2 nanti tua mcm Auntie Sam ni....

    ReplyDelete
  12. Dpn mta selalunya, tk perasan tumbesaran anak...klu nk tgok pun pda bju atau seluar yg diorg pki dh senteng..nk thu besar..kna tggu mk saudara atau ipar duai dtg rmh.mesti kta...tingginya, dh besar!
    Kan...

    ReplyDelete
  13. Dpn mata tiap hari x perasan ank dah besar.

    ReplyDelete
  14. betul tu..kadang2 tak sedar anak2 ni membesar dgn cepat..

    hai akak lupa pulak nak menjawab soalan2 aisy dlm entri akak sebelum ni..hehehe

    baju pink yg akak pakai tu,akak beli yg dah siap..tak sempat nak menjahit dgn adelya nih, manja sangat kalu balik dr taska tu mmg dia melekat dgn mama je la,nak buat apa pun dah susah...

    adik akak yg kawin tu,umurnya baru 22thn,muda lg tu..hehehe dah sampai jodohnya,mengikut kakak akak la ni,kakak akak kawin masa umur 21thn, akak je yg terlewat sikit...tp k.ju (kakak no 2) pun belum kawin lg..

    kawan akak yg meninggal tu, eksiden kena langgar dgn lori semasa nak pergi kerja...

    ReplyDelete
  15. kadang2 xperasan anak2 dh makin membesar.. nina pun rasa mcm tu. bila kita makin besar maka makin tua la ibu bapa.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts