I masak ikan patin?

Haha. Penangan masakan ikan patin sedap masa di Temerloh tengah hari semalam. Selama ni saya tak pernah masak sendiri ikan patin di rumah. Kalau pernah ada ikan patin yang dimasak di rumah ni, MIL yang masak. Bukan geli,entahla, sebab memang masa membesar saya tak pernah makan. Tahu ikan kembung, ikan aya dan ikan yang biasa-biasa je. Dah besar dan merantau ni baru belajar makan ikan keli, patin dan ikan sungai yang lain.

Dah sedap sangat makan nasi dengan lauk ikan patin masa singgah di Temerloh, saya ingat lagi kedai tepi sungai tu yang bernombor C10, Papa N pun tanyalah pada tauke kedai tu, mana nak beli ikan patin. Terus kami ke Kg Bangau, beli ikan patin dan bawa balik ke rumah.

Nak kena google resepi masak tempoyak yang sedap la nampaknya. Saya masak tempoyak ikut selera saya selama ni. Tapi bila makan yang betul-betul sedap macam semalam tu, barulah rasa faham kenapa selama ni ramai yang gemar masakan tu.

Anakanda berdua tu tak bangun lagi, pastinya penat lagi disebabkan mandi air, bolehla mama kamu mula projek masa ikan patin masak tempoyak. Sedap ke tak nati?

Comments

  1. dah lama tak makan ikan patin nie

    ReplyDelete
  2. Dh lama rasanya x mkn ikan patin tempoyak....skrg susah nak dapat ikan patin yg xde bau lumpur...selalu dpt yg berbau bila dh di masak...

    ReplyDelete
  3. ikan patin sungai sedap...

    ReplyDelete
  4. Kalau sy blend bawang kunyit lengkuas cili api n tempoyak sampai halus... Then rebus bhn blend.. Dah mendidih masuk ikan bunga kantan n daun kesum... Perasakan... Siap........

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. syabas wat AN..akak pun dah lama xmsk ikn patin ni..

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak pernah masak ikan patin..
    sama kot, jenis tak berapa suka rasa ikan patin… tapi yg peliknya, keli boleh makan pulak

    ReplyDelete
  9. Seumur hidup tak pernah makan lagi ikan patin..
    apatah lg memasaknya.
    Org kata... nak masak tu kena
    ada skill, terus rasa tak confident plak jadinya. Nt kalau yr MIL ada
    turunkan tip2, jgn lupa share Aisy.

    ReplyDelete
  10. pernah msak ikn ptin tpi sy tak makan.hihi
    just buat untuk cik abe.
    sama la kak saya hnya kenal ikan kembung dan ikan kecik kecik je.
    kalau balik kuala kangsar mmg menu ikan sungai sokmo.huhu.
    ikan loma la, rohu la, lampan la, semuanya saya blh nk telan..

    ReplyDelete
  11. ikan patin glemer di temerloh,en.azmi org temerloh tp dia tak gemor makan ikan patin...hehehe

    ReplyDelete
  12. Lepas ni akan lebih keraplah masak tempoyak ikan patin dek penangan kesedapan gerai No C10 tu ya, AN. Tak nak pos ke rumah jiran ke? Walaupun tak makan, dek kerana menghormati jiran tetangga, pasti saya cuba calit sikit-sikit. Hehehe ....

    ReplyDelete
  13. Ohhh...sampai nak beli ke Tanjung Bangau...mmg sudah jatuh cintalah tu namanya...OKje beli kat Tg Tesco ajos hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1