Email yang cukup berinfo

Saya nak kongsikan email menarik yang saya dapat daripada Pn Lina Karim, ibu kepada anak-anak pintar hafaz al - Quran di usia muda, Darwish dan Darwisya. Ramai yang kenal beliau ni kan? Asalnya saya mendaftar untuk menyertai ceramah beliau dan sejak seminggu lebih ni, setiap hari saya mendapat email perkongsian pendapat daripada beliau. Cukup bermanfaat intinya jadi saya kongsikan di sini, salah satu email yang saya dapat.

Jika ramai orang lain bersuara melalui facebook mengenai isu Coklat Cadbury yang hangat diperkatakan baru-baru ini, saya pula ingin bersuara melalui emel ini. Isu Cadbury ini sebenarnya adalah satu hikmah untuk menyedarkan kita tentang apa-apa produk lain bahawa kadang-kadang betapa kita berhati-hati pun, kita tidak boleh menentukan kehalalannya. Nasib baiklah akhir cerita Cadbury ianya adalah HALAL.

Terpulang kepada kita untuk mengkonsumsinya atau tidak. Jika di kepala sudah was-was, walaupun ia diisytiharkan halal, janganlah di makan. Ingatlah bahawa minda kita sangat berkuasa! Mengikut kajian sains yang sangat popular tentang 'placebo effect', apabila minda sudah membuat keputusan dengan apa yang dimakannya itu, badan akan memberi tindakbalas yang selari berdasarkan keputusan tersebut. Sebab itu bila panadol tiruan berleluasa, kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu kerana setiap kali kita telan panadol bila sakit kepala menjengah, kesannya tetap akan jadi seperti yang diharapkan. Peliknya 'Placebo Effect' ini sehingga sekarang saintis pun hairan bagaimana ianya boleh berlaku.

Bagi saya, jika kita tidak mahu memakannya atas sebab kita tidak lalu untuk memakannya, janganlah kita menjatuhkan makanan tersebut sebagai haram dan mempengaruhi orang lain akan 'hukum peribadi' yang kita jatuhkan itu. Biarlah orang lain memakannya. Perbuatan ini sama saja seperti mengatakan air kosong yang halal sebagai arak yang haram sebab bermain-man dengan sengaja.

Seperti yang kita tahu, makanan yang disiapkan oleh orang Muslim yang tidak solat pun boleh menyebabkan hati gelap. Bila hati gelap, kita malas untuk solat atau membaca al Quran. Inikan pula makanan yang tidak halal. Akan jauh larinya dari impian untuk mendapatkan hati yang terang yang mampu menghafal ayat-ayat al Quran. Oleh kerana al Quran itu suci, ia hanya suka kepada yang suci. Sebab itu didalam  Seminar Menghafal al Quran dari Bayi Kaedah DarwishDarwisya saya sangat menekankan penjagaan makanan kepada anak-anak.

Jangan salah faham maksud saya tentang terang hati ini. Sebenarnya ia khusus untuk al Quran sahaja.  Menghafal al Quran bukan seperti mempelajari pelajaran sekolah. Jika hanya hendak menguasai matematik, sains, kimia dan lain-lain pelajaran dunia, makan apa pun ianya tidak terjejas. Sebab itu kita lihat, anak cina dll, makan khinzir pun tetap pandai.

InsyaAllah semoga kita jumpa di siri ke 2 nanti.

Yang ikhlas,
Lina Karim


Jika dibaca dan difahami dengan baik, insya Allah semoga dapat dimanfaatkan oleh semua yang membaca..Puan Lina, halalkan perkongisian saya di sini ya. Semoga lebih ramai yang menitik beratkan soal halal haram ni, bukan sekadar bercakap sahaja, tetapi melaksanakannya juga. 

Comments

  1. betul tu. tima kasih akak berkongsindgn kami pula..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi info... ttg isu cadbury ni terpulang pada hak masing2 kan.. betul tu, klau rasa was-was baik tak makan... mcm kami memang tak makan pun coklat tu, sebab rasa was-was masih ada... soal halal haram ni memang kena titik beratkan..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg menarik ni aisy.....tapi yg pasti isu cadbury ni sebenarnye ade isu lain disebaliknye.... fitnah dajal skrang dah mcm2 dan dlm bentuk yg mcm2.... kite umat islam kene pandai tgk situasi tu ..... dah ape yg pasti kene berhati2.... mcm2 bende disekeliling kite ni tak pasti status halalnyer.... takut sbb bende akan jadi darah daging dah menggelapkan hati bak kata yg aisy share kan ni....

    ReplyDelete
  4. Oh, ini kisahnya ! Saya pun dah tak kisah pengakhirannya sebab dah tawar hati. Maka saya ambil keputusan tak mahu makan Cadbury lagi. Tapi kalau ada yang nak makan, takkan saya nak jeling-jeling macamlah saya ni budiman sangat :)

    ReplyDelete
  5. btl tu kak.. pokoknya pemakanan kita mpengaruhi sahsiah diri kita jugak.. ini mmgx diakui..

    ReplyDelete
  6. Wah...patut pun anak anaknya jadi hafiz dan hafizahkan AN...cara gaya dia menulis pun kita dah tau hebatnya dia....apatah lagi dia mendidik anak.... Suka dan sangat bangga ada orang Islam yg cerdik pandai ....sekurang kurangnya ada pelapis untuk generasi akan datang.
    Tahniah Lina Karim tahniah jugak orang yang berkongsikan email dia.....Terima Kasih Mama Naim, Nazif, isteri kepada Papa N hehe

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg sangat bagus,akak pun ada baca blog dia juga..teringin sebenarnya utk jd mcm ni,tp tu lah...diri sendiri kena diperbetulkan dulu ni, semoga akak berjaya

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg menarik ni.. terima kasih sbb share. skrg dh xmakan cadbury sbb tak terfikir nk makan walaupun org ckp halal.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts