Tak berjaya lagi

Proses nak berhentikan susu badan untuk Nazif nampaknya gagal lagi. Semalam boleh lawan selama 12 jam lebih. Menjelang pukul 1 pagi tu saya dah terasa tak larat, bagi dia nyonyot dan terus lena si kecil ni. Kesian tengok mukanya sepanjang 12 jam tu.

Saya bukan nak minta petua apa nak sapu, Nazif ni dia jenis faham. Saya cakap je "adik dah besar, tak boleh tek lagi tau. Adik minum susu dan air kosong je tau". Kelakuan dia macam dia faham yang menyelak baju mamanya adalah dilarang. Sama juga, sebelum ni, saya pernah cuba dengan letakkan nescafe di breast, Nazif tengok tu, dia terus menangis sambil cakap , " tek sakit".

Apa yang tak tahannya dia menangis meraung. Dia minta izin secara tak langung sambil tunjuk muka kesian. Dia macam nak tunjuk dia wajib dapat tu. Dia buat macam-macam hal. Memang jenis kuat semangat orangnya si Nazif ni agaknya.

Hari ini pun sama, dia tak minta menyusu secara langsung, tak ada selak baju mamanya tapi dia merengek meraung buat hal dan tak nak main macam biasa pun. Sejak bangun tadi, tak nak berjauhan daripada mamanya pun, itulah saja yang dibuatnya, tak macam biasa. Abis, naik stress mak kamu, akhirnya baru tadi, bagi juga dia lepas gian. Lepas tu, terus elok moodnya. Boleh pula bermain dan berada jauh sikit daripada mama. Abis, bila pulak ni?

Comments

  1. Biar kan je la Aisy..... blom 2 taun pun kan?.
    Budak menyusu badan, lg lama... lebih cerdik tau...
    bukan sapa2 yg ckp... ai je yg buat kajian sendiri.. kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya memang gitulah. Biar dululah nampaknya

      Delete
  2. in shaa Allah pelan pelan.lama lama pasti berjaya.. akak pon kena kuat semangat juga la kan.

    ReplyDelete
  3. permulaan mmg mcm ni..kna sabar sikit n kena tahan juga perasaan walau pilu tgk ank menangis kan..

    ReplyDelete
  4. Memang macam tu Aisy.. permulaan mmg byk cabaran... anak² saya pun sama, 3-5 hari jugakla kena buat derk je dgn request diorang.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kina, Nazif ni dah beberapa minggu saya cuba .. dia mmg kuat melawan. Maknya yang tak kuat nk dgr tangisan dia..

      Delete
  5. xpe la AN...slow2!maybe bila ada baby baru kot,baru berjaya !!!hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak? Saja je tau.. belum lagi nak baby baru.. ai..

      Delete
  6. nazif tak puas bermanja dgn mama lagi tu...bila menyusu rasa mcm dimanja..hehehe

    akak ni pun lambat berhenti menyusu badan tau...sampai usia yg akak dah ingat,plg akak ingat,arwah mak letak apa ntah,bila akk menyusu terasa pahit,sejak tu akak tak menyusu lagi...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. anak2 ada yang ikut menyusu lama tqk? Adelya kot nanti..

      Delete
  7. Takda pengalaman nak dikongsilah AN .... Dia nak lagi tu, bagilah ajelah. Kesian pulak kan dah macam kena berpuasa pulak. Nanti-nanti Nazif tahulah berhenti sendiri. Belum 2 tahun lagi kan...Hah, lain macam je ni nak suruh cepat-cepat berhenti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. belum.. belum.. belum.. tak ada apa2 lagi. Saja sebab rasa Nazif ni asyik menetek je, ada masanya memang melekat je dengan saya. Kalau tidur malam pun, kalau boleh nak kemam tek. Tarik kejap mula dia mencari, penatla saya tidur macam tu. Kalau waktu dia tak tidur pulak, dia selalu selak baju nk menyusu. Pernah di kedai makan, depan2 orang dia buat tu. Malunya saya. Entah ada yg tengok apa yang tak patut ke x.

      Delete
  8. Memang kena hati keringlah kalau nak bagi anak bercerai nenen AN.....
    Tak pe.... selagi belum beradik bagi ajelah kot...apa salahnya....dia pun kecik lagi ....Nanti kalau sudah ada tambi dalammmm...baru pikir nak settle hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts