Sup urat keting

Mencari mood nak mula kerja, kenalah buat benda yang kita suka kan? Mujur ke Bandar Baru Bangi petang semalam, Naim yang tak berapa elok moodnya bila dikejut bangun, kembali ok bila disuakan Satay UK yang dibeli di Restoren Sup Urat Keting. Penat sebab bermain di padang tepi Satay Kajang, semalamlah tu. Dikayuhnya basikal sekeliling padang, naik benda-benda yang ada dan main lari-lari tak nak balik. Mujur bila dapat main belon, dapat dipujuk balik.

Papa N pula seronoklah dapat makan sup urat keting tu. Katanya, kalau tak kena tunggu balik Pasir Mas je baru dapat makan sup yang sedap macam tu.

Apa tu urat keting? Saya pun lupa apa nama yang lain. Korang google sahajalah. Tapi yang pasti, kalau jadi sup, memang sedap. Balik ke Pasir Mas, Papa N wajib cari sup ini. 
Sekali sekala ok lagi, kalau kerap bahaya juga sup macam ni kan?


Comments

  1. urat liat kot.. entah..kita pun x tau.. nk mkn kat mna p.mas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunjang nama lainnya..kalau tak silap, saya baru teringat.
      Pasir Mas, paling Papa N suka makan nasi sup dlm pasar Pasir Mas, ada sup keting juga sekali. Biasa makan sana juga ke?

      Delete
  2. tak pernah makan..tp macam pernah dengar je namannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di kedai nasi padang, benda ni dimasak lemak kak. Kot penah akak makan, kenyal2 lembut rasanya.

      Delete
  3. tak pernah pulak cikabe saya makan sup urap keting.tapi nmpak mcm menark sate dan ketupat tu kak. blh ke sana. hi hi i

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bolehla terjah, kot cik abe suka.

      Delete
  4. Sup urat keting... macam tak pernah rasa pun. Malas pulak nak minta tolong pakcik google AN kalau-kalau ada nama lain yang lebih familiar. Bukan setakat cikgu je kena cari mood bila start sekolah ni, kita yang kerja private ni pun terasa moody nak bekerja hari ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kira normal la kan. Papa N yang saja nak bebel kat bininya ni. Padahal biasa je rasa macam tu, taklah buat betul2 pulak ya. Sekadar melayan perasaan.

      Delete
  5. Sedapnya.... Sup urat keting kat bangi mmg sedap... Tak puas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itulah..dah lama ajak dia ke sana, tapi asyik dia kata yang mana leh lawan yang di Pasir Mas.. agaknya lepas ni kerap la ke BBB.

      Delete
  6. kbtulan sungguh.. lya pon ada draft psal sup urat keting ni.. kat kemaman ni pon ada..owner restoran ni org beloh kelate nun.. tp mmg sedap n terbaik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pulak ya. Takpe, nati akak baca kisah Lya dan sup ni pulak ya. Versi lain kalau makan lain2

      Delete
  7. Rajin jugak awak merentas benua ke Bandar Baru Bangi yeh AN...rasanya sampai satu masa nanti kita sure terjumpa jugak tu kat Bangi hehe....
    Urat keting ni bukan bahagain kaki lembu ke....rasanya mesti mcm otot otot gitukan AN, dia bukan daging dan bukan juga lemak.... Betul tak?
    OKje pun suka gak ni.... Nantilah nak cari jugak...ajak Pak Jilap hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts