Kuantan-Gambang : menghabiskan cuti

Mulanya kami merancang nak ke Taiping dan Pulau Pinang, Papa N dah ambil cuti awal. Tapi dalam cuti tu, tiba-tiba kami dapat perkhabaran tentang hari keluarga Tapah untuk tahun ni juga akan diadakan di Pulau Pinang. Jadi, bila bincang lagi, tak jadilah kami ke utara.

Kebetulan Zilla menulis pasal Gambang, jadi kami pilih ke Kuantan. Perancangannya kemain banyak, rupanya tak macam apa dirancang. Beberapa tempat je yang sempat disinggah dalam dua hari satu malam tu.

Nak tinggalkan Lembah Kelang ni dah kemain lama, sesak teruk hari Khamis tu. Lebih dua jam baru dapat lepas ke Plaza Tol Gombak. Disebabkan dah agak lewat, kami terus ke Kuantan, check in ke tempat nak bermalam.

Petang pula hujan rintik di Kuantan, kami tetap juga ke Pantai Teluk Cempedak, nak bagi Naim seronok sikit.

Tak main air lama pun sebenarnya, dah lewat dan hujan pula. Cukuplah kami tengok je Naim berseronok dalam 10 minit.

Malamnya, kononnya mencari Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Tapi ternampak Super Top dulu, jadi kami makan kat situ je. Teringat yang saya pernah baca pasal kedai ni di blog Tuan Juhaida. Papa N komen sedap je, saya pula rasa masakannya agak manis. Dah jadi peminat masakan pedas pula. Tapi habis juga ikan siakap stim, ketam masak pedas yang manis, sotong tepung, kailan ikan masin, pari bakar dan kerang bakar. Lepas tu, bersantai-santai sambil tengok orang memancing di sungai Kuantan. Meriah rupanya aktiviti memancing pada waktu malam kat sana. Pancingnya pun, agaknya 4 meter lebih. Kagum saya.

Esoknya, kami ke Gambang Water Park. Naim ni dah nampak air tu memang seronok sakanlah dia, nak mandi lagi dan lagi. Diajak makan ais krim pun tak nak, padahal itu makanan yang takkan dia tolak kalau di rumah. Tak nak kejadian lalu berulang, saya ikutkan juga si Naim ni walaupun penat saya mengikut Naim ni. Terpaksalah terjun ikut gelongsor air tu berkali-kali. Haha, padahal saya memang teringin. Kalau tak sebab Naim, malu juga nak naik berkali-kali. 

Tapi Naim ni tak reti penat betul, dah lepas berkali-kali mengikut dia main air kat kolam sana, kolam sini, saya tawakal jelah. Dia pun macam faham je mama letih, dia suruh saya tunggu kat tepi je. Saya pun ambillah tempat yang sesuai untuk pantau dia. Nazif pula memang banyak duduk dengan Papa N. Papanya memang malas nak ikut Naim ke sana sini. 

Akhirnya, dapat alasan nak balik bila Naim tiba-tiba terhantuk kepalanya masa tengah meluncur turun dari gelonsor tu. Terus dia setuju nak balik. Itulah yang sempat kami ke Temerloh untuk makan dan beli ikan patin bangau sebelum bertolak balik ke sini. 


Nazif je yang sporting nak bergambar. Naim masa pergi tu tak nak bergambar sebab tak sabar nak mandi manakala dah nak keluar tu dia tak nak bergambar sebab badmood dahi sakit. Sekali dengan penatlah tu, dah 4 jam main air.

Riuh dua Ahmad ni semasa dalam perjalanan buat kami tak terasa 3jam perjalanan balik.

Eh, banyak pula menulis hari ni. Sementara ada masa ni,tulis banyak-banyak. Bak kata pepatah, ingat lapang sebelum sibuk kan...

Comments

  1. syoknya.cuti di saat akhir sblm bermulanya sesi persekolahan.
    la juga tu sngkut jem.

    ReplyDelete
  2. last ke gambang 2 thn lps..
    dh dtg kuantan, akak xturun kemaman ke?
    dah dekat sgt..dlm 45min je.. blh pekena kepok lekor, otak2 n satar sedap2 kat kuala kemaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak sempat hari tu. Lain kali kot kalai nak singgah ke Kemaman pula. Main air kat sana dan makan2.

      Delete
  3. Mna2 pun ok..janji anak2 terhibur

    ReplyDelete
  4. seronoknya cuti-cuti...singgah termerloh ke,haih dpt patin tempoyak sedap tu aisy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo mmg sedap betul masa makan kat Temerloh tu. Itu yang terasa nak masak sendiri

      Delete
  5. Sekurang-kurangnya dapat juga AN keluar dari KL. Merasa juga. Saya memang surrender, last weekend sebelum cuti sekolah tak mahu keluar dari KL takut tersangkut dalam jem yang teruk. Makanya kami habiskan masa di rumah aje. Aktiviti macam biasalah, makan luar, window shopping pastu tidur :) Dah plan sikit punya baik nak tidur hotel hujung minggu ni tetiba baru teringat semalam, Abang kena sekolah hari Sabtu, ganti untuk cuti raya nanti. Nak kena ambil report book juga. Tak dapatlah nak kemana...kenalah tunggu lepas raya nampak gaya. Sedih sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lor sekolah ganti di dalam cuti sekolah? Mujur teringat ya.. takpelah, jalan nanti pulak tu boleh je. Mmg ramai orang time cuti, tak seronok juga berpenat dalam kereta disangkut jam.

      Delete
    2. Bukan AN. Ingatnya nak tidur lepak kat hotel hujung minggu ni 21hb tapi baru perasan yang Abang ada sekolah ganti. Hujung minggu yang lepas memang tak ke mana, takut tersangkut dalam jem yang panjang .....

      Delete
  6. Wah mcm best je gi Kuantan ni....teringin pulak nak pergi sana hehe.....
    OKje pernah gi sekali je kesini AN....lepas tu sampai sudah tak sampai....Tg Lumpur tu pun belum pernah sampai lagi tu....
    Ohh yg tak boleh lupa sotong celup tepung dia.... walaupun bukan kat Terengganu tapi dah macam kat Terengganu rasanya....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1