Bila patin dimasak

Sam minta resepi MIL , tak ada ya Sam. Sebelum ni saya masak ikut suka hati saya. Kalau biasanya terasa bosan makan dengan sup, tomyam, masak kicap atau taucu, saya akan masaklah tempoyak. Kononnya masakan mudah, sebab tak perlu ke kedai kalau nak masak tempoyak ni. Ikannya belasah je apa yang ada dalam peti sejuk tu.

Ikut pembacaan saya, hilangkan bau ikan dengan tepung gandum. Lepas tu, masak. Semalam saya google resepi masak cara Pahang. Nak masak sedap macam yang dimakan di Temerloh tu kononnya. Tapi nampaknya beberapa blog yang saya baca tu ada kelainan juga. Jadi, saya pilih jelah mana yang saya rasa nak buat. Pastinya tak ada serai dan gula ya, selamanya saya memang letak serai dan gula.. hihi.

Resepi semalam tu cukup mudah.

1. Bawang merah, kunyit hidup dan cili padi ditumbuk bersama.
2. Dah nampak hancur, gaulkan dengan tempoyak.
3. Masak tiga bahan tu dengan air sehingga mendidih dan sedikit pekat, ataupun ikut tahap yang korang suka, masukkan garam dan ikan.
4. Tunggu ikan masak dan boleh tutup api.


Bila difikirkan, ikan apa-apa pun tak kisah, sebabnya saya makan kuah je, isi ikan tak makan pun. Cuit gitu je kalau teringin. Ada masanya dengan kepala ikan kembong pun jadi masak tempoyak saya. Semalam buat dua keping ikan, Papa N kata sedap macam tu. Lain kali masak macam tu sahajalah nampaknya.

Comments

  1. Dirumah acik memang semua suka masak macam ni.lagi2 ikan patin..kakak ipar ajar letak sikit daun kesom dan bunga kantan.acik ikut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. samalah kita. Ikut stok kalau ada bunga kantan pun saya memang letak.

      Delete
  2. ya allah sedapnya ikan patin...lama x makan..biasa mak akak buat masak tempoyak...sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mak buat pasti lagi sedap tu..

      Delete
  3. Satu petua drpd mak saya kalau masak ikan jgn pernah masukkan gula especially ikan sungai.ia akan menjadikan ikan tu lebih hanyir..nyum2..saya sangat suka patin masak tempoyak.hari tu pun singgah makan patin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutla. I biasa mmg masak ikut suka je. Hihi

      Delete
  4. Oh!. Nama ai ke yg disebut tu??. Patut mcm tersedak tadi.
    Alamak!. Terliur la pulak...
    Ai bukan apa Aisy... dah org asyik momok2kan konon kata kalau salah masak ikan patin ni, org yg makan bleh mabuk.. tu yg takut nak masak. Hehehe..

    *oo bubuh tepung ea?. Selalu basuh ayam je guna tepung.. kalau ikan, ai rendam dgn garam atau asam jawa. OIC.... tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagi percaya tepung gandum. Kalau masak kambing lagilah, memang berbedak jadinya sebab tak nak berbau. Hihi..

      Delete
  5. saya paling suka udang galah masak tempoyak. Ya Allah kak itu sampai kuah saya hirup.hihi.

    kalau tempoyak ikan patin jeling pon tidak.hahaha

    ReplyDelete
  6. sedapnyer..
    mmg febret lya la ni..
    tp xreti msak.. biasa MIL lya masakkan.. mmg terbaik la

    ReplyDelete
  7. wahhh sedap tu,tp akak tak makan ikan..buat dgn ayam pun sedapppp

    ReplyDelete
  8. Saya tak berapa in ikan patin ni. Tak kiralah betapa menyelerakan pun member-member letak gambar patin masak tempoyak. Saya hantu durian tapi bab tempoyak ni pun kurang sikit. Sebenarnya tak makan pun :) Tapi nak juga cuba masak gini dengan ikan favorite. Barulah air liur meleleh :)

    ReplyDelete
  9. Adoiii AN kecur mak tengok tau.....faveret mak laki bini tau walaupun mak orang Johor....
    Apa apalah AN nak letak apa pun janji akhirnya rasa tempoyak haha....
    Betul betul kena buh tepung gandum barulah tak hanyir.... kalau org Pahang kena buang urat kat badan ikan...katanyalah bila kita potong ikan tu bila kita picit, dia akan keluar mcm urat putih, tulah yg ditarik kasi hilang hanyir. Tapi Okje tak pernah buat pun.....belasah jer semua hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1