Cara nak tambah widget follower dan follow blog yang tak ada widget follower

Entry khas buat Potomayo a.k.a Ahkak Diva yang blognya makin meletup letup semenjak musim bola ni, eh memang dah lama kebabom sebenarnya, saja nak mengusik MDEntry MD ada bertanyakan cara nak follow blog. Blog popular memangla, cer tengok bilangan follower saya, sebulan pun baru ada yang bergerak sekali. 

Saja melarikan diri selepas baru menanda sikit kertas jawapan. Masih ingat amaran Papa N supaya jangan berblog tapi kena siapkan apa yang patut. hihi, kejap la bang, saja nak hilangkan stress. Binimu ni kan cekgu, dah lama cuti mula meroyan nak membebel, jadi buat entry macam ni kira lepaskan tekanan. Kalau yang baca ni faham, maknanya pengajaran saya kali ni berjayalah. Okje hari tu pernah kata nak tengok cara saya mengajar di kelas jadi kalau terbaca ni, bolehla anggap berada dalam kelas saya ya..berdebai ai...

Ok, cukupla set induksi mudah kali ni, kalau panjang sangat nati korang hilang punca pulak. Tak pun ada yang tutup camtu je. Kita kembali ke apa yang sepatutnya.

1. Cara nak tambah widget follower

Pergi dashboard, pilih Layout. Kat sini, korang tentukanlah nati nak letak kat mana benda follower ni, pilih Add A Gadget.

Dah klik add a gadget tu akan kelaur macam kat bawah ni, klik pula More Gadgets.


Scroll ke bawah, cari Followers, ya, save dan siap.. Maka adalah benda follower ni kat paparan blog korang.

2. Cara nak follow blog yang tak ada widget follower



Di dashboard korang, ada nampak pilihan  add macam gambar kat atas tu kan? Klik je situ..


 Di bahagian Add Blog to Follow, korang masukkan url blog pujaan hati tu dan save... maka, dapatlah follow ya..


Kepada peminat MD, harapnya dapat membantu sikit sebanyak. Nak tulis lebih teliti tapi rasanya korang lagi mahir, jadi simple dan pendek lagi berkesan rasanya, Tak adalah yang menguap-guap kat belakang saya ya. Kalau tunjuk pandai sangat, kan ada yang nak upah edit blog, payah pulak... hihi

Comments

  1. Saya tak nak belajar..mintak je cikgu buat.Haha..Bolehkan cikgu?ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. boleh je. Tapi kena bayor la. Dengan tauke, i nak cas mahal sikit..

      Delete
  2. AN buat kan akak sekali,leh?ekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. boleh je yang mudah2. Saya pun tak reti sangat sebenarnya

      Delete
  3. entry yg byk membantu tu aisy....

    percayalaaaa lieya pun sendiri buta it...hahaahah selama ni upah org yg buat blog lieya tu jek buat semua....lieya tgl buat entry jek hah....lagi melampau kan..... dulu penah godek2 pastu abis kod blog lintang pukang sejak tu tak berani dah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. part ni saya tahula. Yang lain tak reti juga. Sharing sikit apa yang tahu

      Delete
  4. huuwaaa.. teacher.. kalau kat reading panel kita tak klua semua blog yg kita polow tu acerner nak buek?? uhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo yang tu sebab google kot. Haha. Saya pun kena juga gitu kadang2.. xtahu juga apa nak buat bila jadi. Itu yang ada masanya baca entry yg ada di bloglist dan yang mengomen blog saya je

      Delete
  5. Eleh, senang rupanya! Tulah Diva de la Potamayo von Gediks (eh lupalah OKje apa nama sendiri...) aksyen jek lebih, rupanya buta IT. Saya tak nak add gadget tu tapi nak ajar orang follow blog je... Ok, wa faham dah cikgu! Kalau cam ni belajar memanglah wa dapat top ten selalu...asal peksa je wa no.1, asal peksa je wa no.1 ...hiks!

    Thanks AN sebab beri tunjuk ajar. Faham dah....nanti saya nak mencuba nasib pulak :)

    Dah, dah...cukup tunjuk ajar untuk hari ni. Gi tanda kertas. Nanti PapaN marah tak tahu, kita tak nak tolong tipu suami :)

    ReplyDelete
  6. tq infonya..knor ni agak buta sikit ITnya..

    ReplyDelete
  7. Ok la ni aisy ajar secara maya tidak bersuara tetapi ayat yang nyata hihihi btl kah bahasa ku ini

    ReplyDelete
  8. Salut di atas kerajinan membuat tuto. Seriesly, rajin!

    ReplyDelete
  9. tu lah.. dah ajar dah kat Md..x tau dia fhm tak..

    ReplyDelete
  10. ooo.. mcm gitu ye...
    nanti check blk.
    tenkiu akak..

    ReplyDelete
  11. ohh begitu..sy pun baru tahu juga.sng saja tp tak mau ambil tahu pun sebelum ni.hehe..biasanya bab folow memfollow ni sy tak amik port sgt..yg penting ada komunikasi dua hala..klu tak follow pun kita baca n komen tu lagi bagus dr follow tp hilang camtu je.huhu

    ReplyDelete
  12. Nasiblah kita ada geng cikgu Potam...hehe
    Eh...mmg le teringin nak tengok awak mengajar AN....tengok kat sini mana puas....
    Okje ni mmg jenis malas nk mengajar AN....patut pun tak
    jadi cikgu agaknya yek....mula mula nak buat blog dulu ye lah....bukan main lagi menggoogle ....nak lengkapkan blog katanya hehe

    ReplyDelete
  13. akak ni pun buat yg simple2 je..blog lama minta org yg buatkan,kali ini simple sudah la,follower pun kurang..hehehe...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum :D

    Dah baca macam tu nak follow la blog ni .. and thanks bagi tunjuk ajar.. mmg cikgu pun kan :D
    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html

    ReplyDelete
  15. salam. nice tuto sis..thanks share :)

    ReplyDelete
  16. hehe..dah boleh buat tutorial lain pulak lps ni..

    ReplyDelete
  17. Salam kenal Aisy.

    Ok, akak follow ya.

    Tp sekarang ada dua widget follower kan, satu blog follower, satu lagi google+ follower, tapi mana2 pun boleh.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1