Kisah malam 1 Ramadan

Dah lewat sebenarnya, tapi saya tak dapat nak lelapkan mata lagi. Bukan saya tak sabar nak bersahur, dan bukan juga saya menonton perlawanan bola sepak.

Lepas siapkan sup tulang tadi, saya kemaskan baju-baju yang bertimbun kat atas sofa. Mulanya saya lega bila anak-anak dah tidur awal. Memang huru hara juga tadi sepanjang dua jam lebih Papa N pergi terawih.

Dua beradik ni main macam-macam sampaikan akhir sekali dahi Nazif benjol jadinya kat tepi kanan. Mula dia merengek sedih dan lepas saya pujuk dia terus tidur. Naim pula takut kena marah agaknya bila dia tengok adik macam tu jadinya, dia mula diam dan yang lain daripada biasa, malam ni tak minta saya tepuk dan teman dia tidur. Tapi bila adik dah lena, saya sempat juga tepuk dan nasihatkan Naim supaya jangan usik adik lagi.

Rasanya saya tak dapat nak lena cepat kerana memikirkan benjol di dahi Nazif ni. Langsung saya lupa nak tuam tadi. Sebaik saja Nazif nangis, saya letakkan minyak gamat dan bila dia diam, saya pujuk dia tidur terus. Patutnya saya kena tuam dengan ais dulu kan? Ini dah lena orangnya kenalah tunggu lagi esok pula. Harapnya cepatlah surut benjol di dahi anakanda ni.

Lain kali agaknya kena sekali sekala Papa N solat terawih kat rumah, taklah saya buat sendirian je. Pada masa sama, budak ni lain sikit kalau mak ayah ada sama. Kan?

Comments

  1. Alahai, kesian Nazif...
    Begitu lah budak lelaki nak membesar AN... benjol sana sini... Harapnya benjol tu tak kuat mana...
    Dia tidur pun, cuba tuam sikit2... cepat sikit surut benjol tu... Itu pun kalau Nazif tak mudah terjaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. mmg jenis mudah jaga...Mujur pagi ni dah tak ketara mcm semalam..

      Delete
  2. alahai siannya nazif.hope tak da pa pe la kan.
    oke juga tu, selang sehari ke..
    selamat berpuasa akak :)

    ReplyDelete
  3. hehe...lama menyepi AN?ni baru terubat kerinduan bila bc n3 AN...

    ReplyDelete
  4. Alah..kesiannya nazif..teruk ke benjol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sremalam sebesar duit 10sen benjolnya. Pagi ni dah ok nampaknya tu. Surut dan ada kesan sikit je lebam dan benjol

      Delete
  5. Masa anak2 kecik gitu la AN..bila anak2 dah besar..sayang nak tinggalkan terawikh dimasjid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. sabar dulu sementara anak2 kecil ni

      Delete
  6. Aktif menyambut 1 Ramadhanlah tu :) Saya pun kena ambil duty jaga anak-anak sepanjang Ramadhan ni. Kita leka sikit je, teruslah macam-macam mereka buat. Tak senang duduk dibuatnya. Nak buat camna, nak kata apa lagi. Anak-anak sendiri, kenalah didulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. ni baru dua orang, kalau lebih entah macam mana kaedah jaganya..hihi..

      Delete
  7. budak tengah melasak mmg macam gitu gaya..adatlah anak bujang benjol sana sini..yg anak dara kt rumah ni pun nmpk je slow motion,dia punya ligat boleh tahan juga..dua kali tersembam berdarah bibir..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pengalaman nk membesar ya.. macam2. Pendek kata mak mmg takleh leka masa jaga anak.

      Delete
  8. Budak lelaki mmg gitulah AN....selagi tak menangis mmg tak berhenti. Mmg tak best kalau handle budak sesorang....best lagi kalau suami ada di sisi hehe...
    Kalau masa okje kecik dulu ....bila benjol tuam pakai rambut jer....menjadi jugak tau ....tk yah susah susah nak pakai ais

    ReplyDelete
  9. akak pula tinggal dgn budak bertiga tu bila en.azmi pegi solat terawih, kelam kabut juga..dgn si adelya yg tak boleh berenggang, abg adam buka citer kartun dia tgk tv je la..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1